top of page

Alami Prestasi Tiada Tandingan: Motul Malaysia Perkenal GP Series Terbaharu di MotoGP Malaysia 2025

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 5 Nov
  • 3 min membaca

Motul Malaysia Perkenal GP Series Terbaharu di MotoGP Malaysia 2025

Motul, peneraju global dalam pelincir berprestasi tinggi, mencuri tumpuan di Grand Prix MotoGP Malaysia 2025 (MotoGP) dengan memperkenalkan inovasi terbaharu dalam siri terkenal Motul GP Series: GP Next 4T. Pelancaran ini menandakan langkah baharu Motul dalam teknologi yang terbukti di pentas kejohonan dunia, menggabungkan kejuruteraan berinspirasi perlumbaan dengan kepraktisan harian dan nilai kemampanan.


Sejak diperkenalkan pada tahun 2020, Motul GP Series merupakan alternatif buat penunggang harian untuk merasai semangat MotoGP™ di jalan raya. Daripada GP Matic 4T dan GP Power 4T, hinggalah ke GP Ultimate 4T yang baru dilancarkan, setiap produk membawakan debaran, gaya, dan prestasi sukan permotoran paling mengujakan di dunia ke dalam pengalaman tunggangan seharian.


Motul Malaysia Perkenal GP Series Terbaharu di MotoGP Malaysia 2025

Produk terbaharu yang dilancarkan, GP Next 4T, mencerminkan usaha berterusan Motul dalam meningkatkan prestasi dan tanggungjawab terhadap alam sekitar serta direka untuk memberikan tindak balas yang lancar, keselesaan tanpa kompromi dan prestasi stabil untuk kegunaan harian. Selaras dengan komitmen MotoGP terhadap masa hadapan yang lebih hijau, GP Next 4T terus menyokong visi bersama tersebut, membuktikan bahawa inovasi, kesedaran alam sekitar, dan keterujaan boleh berkongsi litar yang sama.


“Dengan GP Next 4T, kami melangkaui batas teknologi minyak enjin dan menetapkan standard baharu terhadap jangkaan penunggang untuk minyak berprestasi tinggi,” kata Ravi Shankar, Pengurus Besar Motul Malaysia. “Direka khusus untuk motosikal sukan moden, GP Next 4T menggambarkan dedikasi kami dalam memberikan perlindungan unggul, prestasi yang dipertingkat, serta inovasi mesra alam. Komitmen kami adalah untuk terus memperkasakan penunggang harian agar dapat menikmati tahap ketepatan dan kemampuan yang sama seperti yang digunakan oleh pasukan MotoGP di litar, di samping membantu mereka mencapai potensi penuh jentera masing-masing.”


Motul Malaysia Perkenal GP Series Terbaharu di MotoGP Malaysia 2025

Carlo Savoca, Ketua Pegawai Pemasaran, Motul Asia Pasifik berkata, “Lebih daripada sekadar minyak enjin, GP Next 4T baharu ini melambangkan komitmen Motul terhadap inovasi ungul dalam arena sukan permotoran. MotoGP™ menetapkan penanda aras bagi semangat dan prestasi, dan melalui pelancaran ini, kami merevolusikan cara penunggang merasai semangat tersebut. GP Series terus berkembang dengan rangkaian produk yang bukan sahaja melindungi dan berprestasi tinggi, malah memberi inspirasi.”


Motul Malaysia Perkenal GP Series Terbaharu di MotoGP Malaysia 2025

GP Next 4T: Masa Hadapan Tunggangan Berprestasi Tinggi

GP Next 4T yang serba baharu ini menandakan satu pencapaian signifikan, direka dengan

keseimbangan antara prestasi dan nilai kemampanan, serta dibangunkan untuk memenuhi keperluan

pelbagai keperluan penunggang. Antara ciri utamanya termasuk:


  • Gabungan Teknologi Ester yang Dipertingkat: Menggabungkan minyak asas yang

    diperbaharui dengan Ester bagi memberikan output maksimum dan perlindungan enjin tanpa

    kompromi untuk memberikan penunggang prestasi setaraf kejuaraan.

  • Botol Mesra Alam: Dihadirkan dalam botol yang diperbuat daripada 50 peratus plastik kitar

    semula dan boleh dikitar semula sepenuhnya, memastikan setiap tunggangan menyumbang

    kepada pengurangan kesan terhadap alam sekitar.

  • Pensijilan JASO MA2: Menjamin prestasi klac basah yang lancar dengan penukaran gear

    yang tepat serta cengkaman klac yang boleh dipercayai, penting untuk tunggangan di bandar

    mahupun dalam keadaan berprestasi tinggi.

  • Pensijilan API SP: Memenuhi standard antarabangsa terkini bagi perlindungan enjin dan

    keserasian emisi, memastikan ketahanan serta kebolehpercayaan jangka panjang.

  • Kelikatan 10W-40: Mengekalkan pelinciran dan kestabilan yang konsisten merentasi pelbagai

    keadaan cuaca dan persekitaran tunggangan.

  • Respons Enjin yang Unggul: Memberikan perlindungan maksimum di bawah beban, dengan

    penukaran gear yang lebih lancar serta tindak balas pendikit yang lebih pantas walaupun dalam

    situasi berintensiti tinggi.


Motul Malaysia Perkenal GP Series Terbaharu di MotoGP Malaysia 2025

Dengan menggabungkan semangat MotoGP bersama usaha berterusan Motul terhadap nilai kemampanan, GP Next 4T menetapkan penanda aras baharu dalam pasaran pelinciran motosikal, membuktikan bahawa kelajuan dan tanggungjawab terhadap alam sekitar boleh bergerak seiring di jalan yang sama. GP Next 4T kini boleh didapati secara eksklusif dalam talian melalui kedai rasmi Motul di Shopee.


Membawa Inovasi dan Keterujaan Untuk Semua

Di acara MotoGP, lebih daripada 195,000 pengunjung telah menikmati pengalaman interaktif dan penuh keterujaan, dalam meraikan komitmen Motul terhadap pelincir berprestasi tinggi serta kecemerlangan dalam sukan permotoran. Pengunjung berpeluang mengenali dengan lebih dekat GP Next 4T serta meneroka kehebatannya secara langsung. Antara sorotan utama hujung minggu tersebut adalah sesi Ramah Mesra bersama Jack Miller dan Miguel Oliveira daripada Pasukan Prima Pramac Racing, yang memberi peluang kepada para peminat untuk bertemu pelumba MotoGP serta mendapatkan tandatangan mereka.



Aktiviti interaktif seperti Cabaran Refleks dan Permainan Papan Luncur turut mencabar peminat untuk menguji kecekapan diri, sambil menonjolkan ketepatan dan prestasi luar biasa siri Motul GP Next. Pengunjung juga berpeluang memenangi barangan eksklusif Motul serta menyertai demonstrasi produk yang menampilkan teknologi perlindungan enjin terkini.


Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page