top of page

Motul Malaysia Rai Satu Dekad Kecemerlangan Bersama MR Lubricant

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 5 hari lalu
  • 3 min membaca

Motul Malaysia Rai Satu Dekad Kecemerlangan Bersama MR Lubricant

Motul Malaysia (Motul), bersama MR Lubricant Sdn. Bhd meraikan satu pencapaian signifikan pada Februari, menerusi penganjuran majlis makan malam gala eksklusif sempena ulang tahun ke-10. Acara bertemakan black-tie ini menghimpunkan 85 rakan pengedar dari seluruh wilayah Utara dan Pantai Timur Malaysia di Genting Highlands, sekali gus menandakan satu dekad kolaborasi cemerlang bersama jenama pelincir Perancis bertaraf global ini.


Motul Malaysia Rai Satu Dekad Kecemerlangan Bersama MR Lubricant

Mengimbas kembali perkembangan kerjasama tersebut, Ravi Shankar, Pengurus Besar Motul Malaysia berkata, “Perjalanan MR Lubricant daripada permulaan yang sederhana sebagai Pengedar Rasmi Minyak Enjin Diesel Tugas Berat Motul Tekma pada tahun 2016 sehingga berkembang menjadi pengedar komprehensif bagi rangkaian minyak enjin kereta penumpang di seluruh Utara dan Pantai Timur Malaysia merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan. Komitmen mereka terhadap kecemerlangan serta minat mendalam terhadap sukan permotoran, benar-benar mencerminkan semangat Motul. Menjelang pembukaan fasiliti bersepadu baharu mereka pada tahun 2026, kami melihatnya bukan sekadar pengembangan infrastruktur, tetapi sebagai bukti pertumbuhan mampan yang dibina atas asas kepercayaan, prestasi dan nilai bersama.”


Motul Malaysia Rai Satu Dekad Kecemerlangan Bersama MR Lubricant

Alvin Toh, Pengasas Bersama dan Pengarah Operasi MR Lubricant, turut merakamkan penghargaan beliau dengan berkata: “Pencapaian 10 tahun ini adalah milik setiap pengedar, setiap ahli pasukan dan setiap rakan niaga yang mempercayai visi kami. Ketika kami bermula, kami kecil daripada segi saiz namun tidak pernah kecil dalam cita-cita. Hari ini, kami berdiri teguh hasil kepercayaan para pengedar serta bimbingan yang dihulurkan oleh Motul Malaysia sepanjang perjalanan ini.”

Majlis makan malam gala tersebut turut menyaksikan penyampaian anugerah penghargaan kepada para pengedar sebagai pengiktirafan terhadap kerjasama cemerlang serta peranan penting mereka dalam membantu MR Lubricant memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan di seluruh wilayah Utara dan Pantai Timur. Acara pada malam itu turut dimeriahkan dengan persembahan kumpulan muzik secara langsung, reruai foto AI inovatif bagi merakam kenangan majlis tersebut, serta cabutan bertuah menarik dengan pelbagai hadiah lumayan.


Motul Malaysia Rai Satu Dekad Kecemerlangan Bersama MR Lubricant

Menerajui Inovasi: Kecemerlangan Produk Motul

Selain meraikan pencapaian kerjasama, acara ini turut menonjolkan komitmen berterusan Motul terhadap inovasi dalam teknologi pelinciran automotif. Sebagai peneraju global dengan akar yang kukuh dalam kecemerlangan sukan permotoran, Motul baru-baru ini mengukuhkan kerjasamanya dengan McLaren Racing sebagai rakan pelincir rasmi bagi Pasukan Formula 1 McLaren serta McLaren Endurance Racing dalam program FIA World Endurance Championship. Melalui kolaborasi ini, Motul membekalkan pelincir canggih untuk enjin, transmisi dan diferensial. Digabungkan dengan kerjasama jangka panjang Motul bersama perlumbaan 24 Hours of Le Mans sejak tahun 1950-an serta peranannya sebagai rakan pelincir rasmi FIA World Endurance Championship sejak 2016, kepakaran yang terbukti di litar perlumbaan ini terus menghasilkan penyelesaian berteknologi tinggi yang menjadi penanda aras industri daripada segi prestasi dan perlindungan.


Antara produk utama yang diketengahkan pada acara tersebut yang membawa teknologi sukan permotoran ini terus pemandu di Malaysia adalah seperti berikut:


Motul Eco-Tech 5W30 merupakan inovasi terkini Motul dalam minyak enjin 100 peratus sintetik yang menjimatkan bahan api. Memenuhi piawaian terbaharu API SP dan ILSAC GF-6A, formulasi ini menawarkan tahap kebersihan enjin yang unggul, kestabilan haba yang luar biasa serta kecekapan penggunaan bahan api yang optimum – khususnya dalam keadaan trafik berhenti-dan-gerak di Malaysia. Direka untuk enjin moden turbo dan aspirasi semula jadi, Motul Eco-Tech 5W30 memberikan perlindungan menyeluruh sambil mengoptimumkan prestasi bagi pelbagai jenis kenderaan kontemporari.


Motul Malaysia Rai Satu Dekad Kecemerlangan Bersama MR Lubricant

Selain itu, minyak enjin Motul NGEN Hybrid dirumus khusus bagi memenuhi keperluan unik rangkaian kuasa hibrid, memastikan perlindungan yang optimum semasa kitaran berhenti-dan-gerak enjin yang kerap serta tempoh enjin dimatikan yang panjang – mencerminkan pendekatan berpandangan jauh Motul terhadap penyelesaian mobiliti mampan.


Peluang Kerjasama untuk Pengedar di Wilayah Utara dan Pantai Timur

Bengkel dan peniaga di wilayah Utara dan Pantai Timur yang berminat untuk menyertai rangkaian pengedar Motul adalah digalakkan menghubungi MR Lubricant bagi meneroka peluang kerjasama. Sebagai pengedar yang telah bertapak kukuh dengan pengalaman selama satu dekad, MR Lubricant menawarkan latihan produk yang komprehensif, sokongan pemasaran khusus serta akses kepada rangkaian penuh pelincir automotif premium dan penyelesaian penyelenggaraan Motul kepada rakan niaga baharu.

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page