top of page

Motul Perkukuh Kerjasama Bersama McLaren Endurance Racing dalam FIA World Endurance Championship

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 19 Jan
  • 2 min membaca
Motul

Motul kini merupakan rakan pelincir rasmi McLaren Endurance Racing, memperluaskan kerjasamanya dengan pasukan Formula 1 McLaren yang diumumkan tahun lalu. Berbekalkan sejarah panjang dalam perlumbaan ketahanan, Motul akan menyokong Pasukan McLaren United Autosports WEC Hypercar dengan pelincir canggih untuk enjin, transmisi dan diferensial.


Selain itu, Motul juga akan menghulurkan kerjasama teknikal kepada McLaren Endurance Racing ketika pasukan tersebut membuat persiapan untuk penampilan sulungnya dalam FIA World Endurance Championship 2027.


James Barclay, Prinsipal Pasukan, McLaren Endurance Racing berkata, “Hari ini menandakan satu pencapaian penting bagi McLaren Endurance Racing tatkala kami terus mara ke hadapan dan memperkukuh persiapan serta sokongan bagi penampilan sulung Hypercar pasukan McLaren United AS pada tahun 2027.


Kehadiran Motul dalam projek yang mengujakan ini mengukuhkan lagi pasukan kami untuk menghadapi cabaran yang mendatang. Motul membawa kepakaran yang amat bernilai dalam aspek prestasi, teknologi dan inovasi. Dalam sukan di  mana setiap aspek memainkan peranan penting, kami berbesar hati mempunyai Motul bersama kami ketika kami terus membina momentum menuju kemunculan semula McLaren dalam perlumbaan ketahanan.”


Motul

Julien Plet, Ketua Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), Motul berkata, “Perlumbaan ketahanan menuntut prestasi yang berterusan dari masa ke masa, jam demi jam, di bawah tekanan mekanikal yang berterusan. Bekerjasama rapat dengan McLaren Endurance Racing merupakan satu kolaborasi yang amat mengujakan, membolehkan kami bersama-sama membangunkan penyelesaian cecair khusus yang memfokuskan kepada konsistensi, ketahanan dan kebolehpercayaan — kualiti yang benar-benar mendefinisikan prestasi dalam perlumbaan ketahanan.”


Sebagai rakan kerjasama perlumbaan 24 Hours of Le Mans sejak tahun 1950-an, Motul telah menjadi sebahagian penting dalam sejarah perlumbaan ketahanan paling ikonik di dunia, serta menyokong pelbagai pasukan. Komitmen ini diperkukuhkan lagi pada 2016 apabila Motul dilantik sebagai rakan pelincir rasmi FIA World Endurance Championship dan 24 Hours of Le Mans, sekali gus menekankan peranan utamanya dalam perlumbaan ketahanan di peringkat tertinggi.


Motul

Dibina atas pengalaman yang berdekad lamanya dalam dunia perlumbaan, kepakaran Motul terletak pada pembangunan penyelesaian cecair khusus yang direka untuk memberikan kebolehpercayaan dan prestasi berterusan dalam keadaan paling mencabar. Warisan perlumbaan ketahanan Motul bukan sahaja teruji di litar, malah turut terserlah dalam cabaran jarak jauh ikonik lain seperti Dakar Rally.


Pengalaman dan kepakaran Motul yang terbukti dalam perlumbaan ketahanan kini digunakan secara langsung untuk menyokong pasukan McLaren Endurance Racing, dengan menerapkan kepakaran teknikal serta keupayaan penyelidikan dan pembangunan untuk bersama-sama membangunkan pelincir khusus bagi program Hypercar.

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page