OMODA I JAECOO Malaysia Meningkatkan Kepercayaan Pasaran terhadap Mobiliti Hibrid
- Panduman
- 20 Jun
- 3 min membaca

OMODA | JAECOO Malaysia telah menyaksikan peningkatan keyakinan dalam kalangan pengguna Malaysia terhadap peralihan kepada mobiliti tenaga baharu dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Jenama SUV off-road premium ini percaya bahawa teknologi hibrid plug-in (PHEV) mampu mengurangkan kebimbangan mengenai jarak perjalanan dan kebolehpercayaan, sekali gus mendorong penerimaan dalam kalangan pengguna.

Pada Februari lalu, OMODA | JAECOO Malaysia telah mengembangkan penawarannya dalam segmen mobiliti tenaga baharu negara dengan pelancaran JAECOO J7 PHEV. Gabungan teknologi terkini terbaik dalam kelasnya serta prestasi unggul, ditambah dengan strategi harga dan jaminan yang kompetitif, telah menarik perhatian pasaran dengan pantas. Dalam tempoh hanya empat bulan, lebih 800 unit JAECOO J7 PHEV telah didaftarkan.
“JAECOO J7 PHEV dengan sistem hibrid pintar eksklusif kami — Super Hybrid System (SHS) — adalah peneraju teknologi dalam segmennya. Dengan satu tangki penuh bahan api dan bateri yang dicas sepenuhnya, pemilik boleh memandu lebih daripada 1,300km (jarak NEDC) tanpa perlu berhenti untuk mengisi minyak atau mengecas semula. J7 PHEV menawarkan yang terbaik dari kedua-dua dunia – pemanduan elektrik sepenuhnya di kawasan bandar dengan jarak elektrik murni sejauh 106km (jarak NEDC), dan kecekapan tinggi untuk perjalanan jarak jauh,” kata Naib Presiden OMODA | JAECOO Malaysia, Emily Lek.

Dengan kesedaran terhadap mobiliti hibrid yang masih di peringkat awal, OMODA | JAECOO percaya bahawa pendidikan berterusan mengenai teknologi Super Hybrid System adalah amat penting. Jenama ini aktif menganjurkan sesi pengenalan PHEV secara berterusan untuk pemilik, sejajar dengan komitmennya untuk menemani pelanggan sepanjang pengalaman pemilikan.
“Kami menghargai sokongan awal daripada pelanggan terawal kami dan teruja untuk menghantar lebih banyak unit JAECOO J7 PHEV kepada keluarga-keluarga yang inginkan SUV premium yang mampu bergerak jauh,” ujar Lek pada majlis penyerahan 100 unit JAECOO J7 PHEV kepada pemilik awal yang bersemangat.
Berkongsi pengalamannya sebagai pemilik awal yang beralih daripada enjin pembakaran dalaman (ICE) kepada PHEV, Manivannan Manickam berkata, “Setakat ini, J7 PHEV kami sangat memuaskan. Ia selesa untuk seluruh keluarga, dan kami boleh pergi jauh tanpa perlu isi minyak. Saya bersyukur memilih kereta ini, ia benar-benar menepati keperluan saya dan saya rasa saya akan gunakannya untuk bertahun-tahun akan datang.”
Ian Chan, warganegara Singapura, berasa teruja untuk menguji kehebatan PHEV tersebut, memandu dari Singapura ke Kuala Lumpur bagi bertemu dengan pemilik mobiliti PHEV yang sehaluan. “Saya sudah memiliki J7 PHEV ini selama beberapa bulan, dan setakat ini pengalaman saya sangat positif. Saya memandu ke Malaysia khas untuk menghadiri perjumpaan ini dan bertemu dengan pemilik lain J7 PHEV, kerana acara komuniti seperti ini belum ada lagi di Singapura. Tak sabar menunggu perjumpaan seterusnya!” katanya.
“Saya memang tunggu model hibrid J7 dilancarkan di Malaysia. Ciri-cirinya sangat menarik, reka bentuknya cantik, dan pengalaman pemanduannya sangat bagus. Saya juga berpeluang belajar lebih lanjut tentang kereta saya di acara ini – terutamanya berkaitan teknologi hibrid dan cara untuk maksimakan jarak perjalanan,” kata Andy Wong, seorang lagi pemilik JAECOO J7 PHEV.

JAECOO J7 PHEV dikuasakan oleh sistem Super Hybrid yang mampu bergerak sejauh 1,300km (jarak NEDC) dengan satu tangki bahan api dan satu cas penuh. Ia juga menawarkan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya terunggul dalam kelasnya sejauh 106km (jarak NEDC) dan penggunaan bahan api paling rendah dalam kelasnya, iaitu 4.77 liter setiap 100km dalam keadaan bateri kehabisan kuasa. Sistem Intelligent Drive Modes membolehkan pemandu memilih untuk menjimatkan penggunaan petrol dan memanjangkan jarak perjalanan atau menikmati prestasi maksimum dengan kuasa penuh 255 kW dan 525Nm.
Dengan harga yang kompetitif sebanyak RM158,800, JAECOO J7 PHEV dengan Super Hybrid System juga menawarkan tahap keselamatan terbaik dalam segmennya. Ia menetapkan penanda aras baharu untuk keselamatan dengan sistem ADAS Tahap 2.5 yang menyeluruh, dilengkapi dengan lapan beg udara sebagai standard dan ciri tambahan seperti Sistem Pemantauan Pemandu, Pencegahan Keluar Lorong, dan Kawalan Jelajah Adaptif. Direka untuk berfungsi dalam keadaan suhu ekstrem – terutamanya di Malaysia – bateri LFP 18.3 kWh JAECOO J7 PHEV tahan cuaca dan kalis haba serta banjir.
Komen