top of page

Pencapaian Cemerlang BYD Sime Motors: Lebih 25,000 Pemilik Dalam 3 Tahun, Terus Mendominasi Sebagai Jenama EV No.1 Malaysia

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 6 hari lalu
  • 3 min membaca
BYD Sime Motors
(Dari Kiri ke Kanan) Adeline Lew, Pengarah Urusan BYD Sime Motors; Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Asia Tenggara, Sime Motors; Andrew Basham, Pengarah Urusan Sime Motors; Eagle Zhao, Pengarah Urusan BYD Malaysia; Jacob Ma Wei, Timbalan Pengurus Besar BYD Malaysia; dan Kent Wong, Ketua Perancangan Jualan BYD Malaysia.

Sempena ulang tahun ketiga, BYD Sime Motors selaku pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama EV nombor satu negara. Lebih 25,000 kenderaan BYD kini digunakan di seluruh negara, melambangkan bukan sahaja kehadiran kenderaan elektrik tetapi juga lebih 25,000 keluarga Malaysia yang aktif menyumbang kepada masyarakat dan pembangunan negara.

 

Secara kolektif, pemilik BYD berjaya mengurangkan lebih 62,000 tan karbon dioksida setiap tahun. Jumlah ini bersamaan dengan penanaman hampir 2.5 juta pokok dan cukup untuk meliputi keseluruhan pesisir pantai Malaysia lebih enam kali. Pencapaian ini menekankan impak positif BYD terhadap alam sekitar dan komitmen syarikat terhadap kelestarian.

 

BYD ATTO 3
BYD ATTO 3, salah satu model terlaris dalam kategori SUV elektrik segmen C yang kompetitif, terus mengukuhkan kejayaan jenama ini di Malaysia.

BYD Sime Motors terus mengukuhkan kedudukannya dengan menawarkan rangkaian kenderaan elektrik penuh terbesar di Malaysia, dengan 7 model telah diperkenalkan setakat ini. Antara yang paling menyerlah ialah BYD ATTO 3 yang muncul sebagai peneraju jualan dalam segmen Elektrik SUV C yang cukup kompetitif. Tahun 2025 pula menyaksikan barisan produk BYD terus berkembang dengan kehadiran dua model baharu iaitu BYD ATTO 2 dan BYD SEAL 6, di samping versi BYD SEAL yang tampil dengan wajah baharu. Daripada model peringkat permulaan hingga ke segmen premium, daripada sedan ke SUV lalu MPV, BYD terus memenuhi keperluan pemandu Malaysia dengan pilihan EV yang menggabungkan teknologi terkini, tahap keselamatan tinggi serta harga yang berpatutan.

 

Eagle Zhao, Pengarah Urusan BYD Malaysia, berkata, "Ulang tahun ini menandakan satu pencapaian yang sangat bermakna bagi kami. Kini lebih 25,000 rakyat Malaysia menjadi sebahagian daripada keluarga BYD, menunjukkan betapa pesatnya pertumbuhan EV di negara kita. Komitmen kami untuk menyediakan pengalaman pemanduan yang lebih hijau, pintar dan selamat telah membawa kami ke tahap ini dan kami amat menghargai kepercayaan rakyat Malaysia. Kami teruja untuk meneruskan perjalanan ini bersama dan terus memperkenalkan produk serta teknologi terbaik kepada Malaysia."


 BYD ATTO 2
Pada tahun 2025, barisan model BYD diperkukuh dengan kehadiran BYD ATTO 2

Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Asia Tenggara, Sime Motors, berkata, “Dalam tempoh hanya tiga tahun, BYD telah menjadi salah satu tunjang utama dalam portfolio automotif Sime Motors. Kami mempunyai asas yang kukuh untuk memperluas penggunaan kenderaan elektrik melalui rangkaian jualan dan selepas jualan yang kukuh, fasiliti canggih, dan tenaga kerja EV yang mahir. Kenderaan kami telah mengubah landskap jalan raya Malaysia, menjadikan mobiliti elektrik lebih mudah diakses dan praktikal untuk semua. Terima kasih kepada semua pemilik BYD di Malaysia atas kepercayaan dan sokongan anda. Memberi pengalaman pemilikan yang terbaik kekal menjadi keutamaan kami.”


Infrastruktur BYD Sime Motors di seluruh negara:

Infrastruktur BYD Sime Motors yang meluas di seluruh Malaysia memainkan peranan penting dalam menyokong pertumbuhan pelanggan dan memastikan pengalaman pemilikan yang lancar. Setakat ini, rangkaian syarikat merangkumi 39 pusat jualan dan pemasaran serta 24 pusat servis selepas jualan, disokong oleh 12 pusat badan dan cat sah serta gudang alat ganti berpusat yang menempatkan lebih 4,600 item, dengan kadar pemenuhan 94% bagi tempoh pembaikan yang cepat dan efisien. Selain itu, lebih 1,000 kakitangan tempatan dilatih di Pusat Latihan khusus bagi BYD mengekalkan standard teknikal dan perkhidmatan tertinggi.

 

BYD SEAL 6
BYD SEAL 6 , serta BYD SEAL versi dipertingkat, sekaligus memperkukuh kehadiran BYD dalam pasaran EV yang pesat berkembang.
 BYD SEAL

Meninjau ke hadapan, BYD dan Sime Motors menegaskan komitmen mereka dalam memacu masa depan EV di Malaysia. Pelan 2026 merangkumi pengembangan rangkaian, integrasi teknologi canggih serta penubuhan operasi pemasangan tempatan BYD (CKD) bagi mewujudkan nilai lestari dan peluang pekerjaan.


Penjimatan Akhir Tahun:

Dengan tarikh akhir pengecualian cukai penuh bagi EV import sepenuhnya semakin hampir, ini adalah peluang terbaik untuk beralih ke kenderaan elektrik. Pelanggan digalakkan mengunjungi bilik pameran BYD di seluruh negara untuk mengetahui promosi eksklusif akhir tahun. Nikmati penjimatan sehingga RM20,000untuk model terpilih dan miliki jenama EV nombor satu Malaysia sekarang.


 Sempena ulang tahun BYD, jenama ini terus berkembang di Malaysia dengan rangkaian EV yang merangkumi segmen peringkat permulaan hingga premium serta meliputi sedan, SUV dan MPV, termasuk BYD Dolphin (Foto 6), BYD M6 (Foto 7), dan BYD Sealion (Foto 8).

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page