top of page

Perodua meterai perjanjian persefahaman dengan MyDigital ID untuk dapatkan akses pengesahan pengguna

  • Writer: Panduman
    Panduman
  • Mar 19
  • 2 min read
Perjanjian persefahaman MyDigital
YBhg Datuk JH Rozman Jaafar, Ketua Pegawai Operasi Perodua Sales Sdn Bhd (kiri), dan En. Mohd Azuddin Parman (kedua dari kanan), Ketua Pegawai Operasi MyDigital ID bertukar dokumen semasa majlis menandatangani MoU antara Perodua dan MyDigital ID Sdn Bhd.

Perodua menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan My Digital ID Sdn Bhd (MyDigital ID) untuk mendapatkan akses pengesahan pengguna seiring dengan usaha syarikat kenderaan kompak itu dalam menambahbaik perjalanannya ke arah transaksi tanpa tunai.

 

MyDigital ID adalah inisiatif Identiti Digital Nasional yang selamat dan dipercayai. Ia dibangunkan bertujuan untuk membolehkan rakyat Malaysia mendapat akses yang selamat dan lancar bagi perkhidmatan digital kerajaan serta swasta. Dengan tumpuan kepada keselamatan dan privasi, MyDigital ID menetapkan penanda aras baharu untuk kepercayaan dan perlindungan dalam dunia mobiliti yang semakin berkembang pesat.


“Kerjasama ini adalah yang pertama seumpamanya bagi industri automotif di negara ini. Memandangkan MyDigital ID bertindak sebagai ‘gatekeeper’ bagi pengesahan transaksi di negara ini, ia membolehkan kami mempelbagaikan lagi perkhidmatan kepada para pelanggan kami khususnya, dan kepada semua rakyat Malaysia secara amnya,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad.

 

Beliau berkata proses pengesahan yang dijalankan adalah titik permulaan yang selamat bagi memastikan semua pengguna dilindungi oleh pakar keselamatan siber di negara ini. “Sejak enam bulan lalu, kami telah menjalin kerjasama strategik dengan beberapa syarikat, antaranya PETRONAS, Tenaga Nasional Bhd dan Telekom Malaysia Bhd bagi menambahkan lagi pengalaman rakyat Malaysia secara keseluruhan.


“Semua kerjasama ini akan menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kepada bakal pelanggan kami dan kami mahu pelanggan kami berada dalam keadaan selamat,” kata Dato’ Sri Zainal. “Sebagai tambahan, kami juga menyokong seruan kerajaan ke arah komuniti tanpa tunai di samping memanfaatkan ciri keselamatan siber yang kukuh yang disediakan oleh MyDigital ID,” katanya.


“Kerjasama strategik dengan Perodua menunjukkan kepentingan peranan identiti digital untuk memacu pembaharuan digital di dalam industri automotif,” kata Ketua Pegawai Operasi MyDigital ID, Mohd Azuddin Parman.


“Kuncinya adalah memastikan pengesahan identiti digital yang dipercayai di samping menjadikan interaksi digital lebih selamat dan mudah. Ia memperkasakan industri seperti automotif untuk menawarkan pengalaman selamat dan mesra pengguna kepada setiap pelanggan. Pada masa yang sama, kami juga menyumbang kepada kemajuan ekonomi digital Malaysia,” kata Mohd Azuddin.



Comentários


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

bottom of page