top of page

PRO-NET Memperkukuh Ekosistem EV Malaysia melalui Kumpulan Pertama Juruteknik EV Bertauliah

Writer: Anna Chong
Anna Chong
13 Ogo
2 min membaca

PRO-NET Memperkukuh Ekosistem EV Malaysia melalui Kumpulan Pertama Juruteknik EV Bertauliah

Sebagai langkah penting dalam memperkukuh ekosistem kenderaan elektrik (EV) Malaysia yang semakin berkembang, PRO-NET hari ini mengiktiraf kumpulan pertama seramai 37 Juruteknik e.MAS Bertauliah Tahap 2 (L2) melalui kerjasama dengan TVETMARA pada Majlis Pensijilan Juruteknik e.MAS yang julung kali diadakan.


Majlis ini meraikan 37 orang juruteknik yang mewakili 25 pusat pengedar Proton e.MAS di seluruh negara selepas berjaya menamatkan program pensijilan dan memperoleh pensijilan Tahap 2. Pencapaian ini membuktikan keupayaan teknikal yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan selepas jualan EV yang selamat, cekap dan berkualiti tinggi.


PRO-NET Memperkukuh Ekosistem EV Malaysia melalui Kumpulan Pertama Juruteknik EV Bertauliah

“Peralihan kepada mobiliti elektrik bukan sekadar memperkenalkan kenderaan berteknologi, tetapi turut melibatkan pembangunan keupayaan dan ekosistem yang diperlukan untuk menyokong pelanggan sepanjang tempoh pemilikan mereka. Melalui Program Pensijilan Juruteknik e.MAS, kami melabur dalam pembangunan tenaga kerja, meningkatkan piawaian perkhidmatan selepas jualan serta membentuk tenaga kerja yang bersedia untuk masa hadapan dan memainkan peranan penting dalam menyokong peralihan Malaysia ke arah mobiliti elektrik,” kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET.


Majlis ini dihadiri oleh wakil PRO-NET, TVETMARA, pengedar kenderaan e.MAS serta pengurus perkhidmatan daripada beberapa pengedar terpilih. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Encik Hady Suhairy Baseri, Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan & Hal Ehwal Pelajar TVETMARA dan Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET.


PRO-NET Memperkukuh Ekosistem EV Malaysia melalui Kumpulan Pertama Juruteknik EV Bertauliah

Membina Tenaga Kerja Berkemahiran Tinggi untuk Masa Depan EV Malaysia

Dengan lebih 30,000 kenderaan Proton e.MAS di jalan raya Malaysia setakat Julai 2026, pengukuhan keupayaan perkhidmatan selepas jualan dan kepakaran teknikal amat penting bagi memastikan pelanggan menerima sokongan yang selamat, boleh dipercayai dan berkualiti tinggi sepanjang tempoh pemilikan.


Selain menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik, PRO-NET terus memperkukuh asas yang diperlukan untuk menyokong pemilikan EV melalui ekosistemnya yang semakin berkembang di seluruh negara, merangkumi 58 pengedar, 45 pusat servis dan 10 pusat Body & Paint. Walaupun rangkaian ini memberikan pelanggan akses dan sokongan yang lebih meluas, juruteknik EV yang berkemahiran merupakan elemen penting dalam memastikan pengalaman pemilikan yang yakin dan lancar.


Melalui kerjasama dengan TVETMARA, Program Pensijilan Juruteknik e.MAS menyediakan laluan yang tersusun untuk membangunkan kepakaran teknikal EV tempatan, di samping melengkapkan juruteknik dengan pengetahuan khusus dan kemahiran praktikal yang diperlukan bagi memenuhi keperluan mobiliti elektrik yang terus berkembang.


Bagi memperoleh pensijilan Tahap 2, peserta perlu melengkapkan tujuh (7) modul latihan yang merangkumi kemahiran berkaitan EV, termasuk latihan sistem Voltan Tinggi (HV), sebelum menjalani penilaian teknikal bagi mengesahkan pengetahuan teknikal dan keupayaan praktikal mereka.

Program pensijilan ini disahkan oleh TVETMARA Masjid Tanah bagi memastikan semua juruteknik yang diperakui memenuhi piawaian kemahiran yang ditetapkan.


PRO-NET Memperkukuh Ekosistem EV Malaysia melalui Kumpulan Pertama Juruteknik EV Bertauliah

 

Memacu Peralihan EV Malaysia melalui Tenaga Kerja Berkemahiran

Program Pensijilan Juruteknik e.MAS merupakan sebahagian daripada strategi pembangunan juruteknik jangka panjang PRO-NET, dengan menyediakan laluan pembangunan yang tersusun daripada kemahiran teknikal asas kepada kepakaran EV yang lebih mencabar.


Susulan kejayaan kumpulan pertama pensijilan Tahap 2, PRO-NET merancang untuk melaksanakan program pensijilan setiap tahun bagi juruteknik Tahap 2 (L2), Tahap 3 (L3) dan Tahap 4 (L4), sekali gus memperkukuh kecemerlangan teknikal di seluruh rangkaian pusat servis di seluruh negara.


Sebagai sebahagian daripada usaha yang menyeluruh untuk memperkukuh ekosistem EV Malaysia, PRO-NET turut membangunkan keupayaan pengeluaran EV tempatan di Loji EV PROTON di Automotive High Tech Valley (AHTV), Tanjong Malim, yang kini melibatkan seramai 391 orang pekerja.

 

Melalui pelaburan dalam tenaga kerja, teknologi dan keupayaan ekosistem, PRO-NET terus menyokong peralihan Malaysia ke arah mobiliti elektrik, di samping memastikan pengalaman pemilikan EV yang yakin, dipercayai dan lancar untuk rakyat Malaysia.


Komen


ADVERTISEMENT

KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page