top of page

PRO-NET Bekerjasama dengan Operator Poin Pengecasan dalam Memperluas Akses Pengecasan EV di Kondominium Seluruh Negara

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 7 Mei
  • 3 min membaca
PRO-NET Bekerjasama dengan Operator Poin Pengecasan

PRO-NET, anak syarikat PROTON, secara rasmi telah bergabung dengan empat Operator Poin Pengecasan (CPO) iaitu Charge+, ChargeSini, Rexharge dan Charge N Go untuk meningkatkan aksesibiliti pengecasan kenderaan elektrik (EV) di kondominium seluruh Malaysia. Kerjasama ini bertujuan untuk memperkukuh lagi ekosistem EV negara dan menyokong peningkatan jumlah pemilikan Proton e.MAS dan smart.

 

“Kerjasama dengan CPO ini adalah untuk menyokong matlamat kami dalam mempermudah dan meningkatkan aksesibiliti pemilikan EV,” kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET. “Kami memberi perhatian kepada penduduk bangunan bertingkat yang sering menghadapi kesulitan untuk mengecas di rumah. Melalui kerjasama ini, kami bukan sahaja membawa penyelesaian pengecasan yang lebih mudah dan mampu milik, tetapi juga memudahkan penduduk serta pengurusan bangunan untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan bagi pemasangan pengecas EV. Hal ini adalah satu inisiatif penting dalam membantu lebih ramai orang beralih ke kenderaan elektrik dengan lebih lancar.”


Dengan kerjasama ini, pemilik Proton e.MAS dan smart kini boleh mengecas kenderaan mereka dengan mudah di 320 lokasi kondominium dan apartment seluruh negara. Termasuk kerjasama sebelum ini bersama EV Connection (EVC) pada Disember 2024, PRO-NET kini menyediakan akses kepada 1,053 poin pengecasan di bangunan kediaman bertingkat. Usaha ini menyumbang kepada pencapaian liputan sebanyak 90% bagi keperluan pengecasan awam di Malaysia, sekali gus menjadi sebahagian daripada rangkaian melebih 2,500 poin pengecasan di seluruh negara.

PRO-NET Bekerjasama dengan Operator Poin Pengecasan

Kolaborasi Rakan Strategik untuk Meningkatkan Akses Pengecasan bagi jenis Rumah Bertingkat

Majlis menandatangani perjanjian yang berlangsung hari ini di Centre of Excellence PROTON di Subang Jaya menandakan satu lagi langkah penting dalam perjalanan Malaysia ke arah masa depan yang lebih hijau. Menerusi kerjasama ini, PRO-NET berhasrat untuk memudahkan dan menjadikan pemilikan EV lebih mampu milik dengan bekerjasama secara langsung bersama empat CPO untuk memasang pengecas di kondominium dan apartmen.

 

Setiap CPO membawa kekuatan tersendiri dalam kerjasama ini. Charge+, pengendali pengecas EV terbesar dari Singapura, sedang meluaskan operasinya di rantau ini dengan pemasangan pengecas di 18 kondominium di Malaysia. Charge N Go pula, pakar dalam pengecasan untuk kediaman dan tempat kerja dan memudahkan pengecasan dengan pemasangan di 93 kondominium. ChargeSini, sebagai pengendali tempatan dengan liputan terluas melebihi 1,010 titik pengecasan di seluruh negara dan akan memperluaskan lagi jaringan mereka dengan 204 lokasi kondominium baharu. Sementara itu, RExharge, penyedia penyelesaian tenaga bersih yang berpengalaman, menyumbang kepada kerjasama ini dengan sokongan daripada lebih 1,000 projek kediaman dan lebih 100 pengecas EV, serta akan memasang pengecas di lima lokasi kondominium terpilih.


Apa yang lebih penting, kerjasama ini memberi penjimatan sebenar kepada para pelanggan. Dengan membolehkan pemilik Proton e.MAS dan smart mengecas kenderaan mereka di rumah pada kadar yang lebih rendah berbanding pengecas awam biasa, inisiatif ini membantu mengurangkan kos keseluruhan pemilikan EV serta menjadikan pengecasan lebih mudah dan praktikal bagi penghuni kediaman bertingkat.

Pengecasan di Kondominium

Promosi Eksklusif untuk Pemilik e.MAS dan smart dengan Kadar Istimewa di Seluruh Rangkaian CPO

Bagi meraikan pelancaran kerjasama strategik ini, PRO-NET memperkenalkan kempen promosi terhad khusus untuk pengguna aplikasi Proton e.MAS dan Hello smart. Bermula dari 1 Jun 2025 hingga 31 Disember 2025, pemilik akan menikmati kadar pengecasan EV istimewa di lokasi pengecasan kondominium yang disediakan oleh setiap CPO yang mengambil bahagian. Setiap rakan kongsi akan menawarkan kadar promosi dengan harga bermula serendah RM0.75/kWh, bergantung kepada lokasi dan penyedia:

Rakan CPO

Harga Pengecasan AC

Harga Pengecasan DC

Charge+

bermula dari RM0.75/kWh

-

ChargeSini

harga serendah RM0.84/kWh

RM1.11/kWh

RExharge

bermula dari RM0.75/kWh

From RM0.99/kWh

Charge N Go

bermula dari RM0.75/kWh

-

Kadar ini akan ditawarkan secara eksklusif melalui Aplikasi Proton e.MAS, yang mengintegrasikan peta pengecasan langsung PRO-NET dengan platform pengecasan setiap CPO. Pengguna EV boleh menjangkakan penjimatan bulanan sehingga RM150 hingga RM200, terutamanya berbanding dengan pengecasan awam.


Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

M 160x600.jpg

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page