top of page

Proton e.MAS 5 Kenderaan Elektrik Mampu Milik Pertama Malaysia, Mencatat 1,607 Tempahan Dalam Tempoh 24 Jam Selepas Tempahan Dibuka

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 2 jam lalu
  • 2 min membaca

Proton e.MAS 5 Kenderaan Elektrik

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat milik penuh PROTON, mengumumkan bahawa Proton e.MAS 5 telah mencatat sebanyak 1,607 tempahan dalam tempoh 24 jam selepas tempahan dibuka secara rasmi pada 4 Oktober 2025. 


Sambutan luar biasa ini susulan selepas siaran langsung khas “Open for Booking” yang pertama diadakan pada hari Sabtu di Proton e.MAS Nilai, di mana Proton e.MAS 5 dipamerkan kepada rakyat Malaysia, sebuah kenderaan elektrik (EV) mampu milik pertama di Malaysia. 

 

Proton e.MAS 5 Kenderaan Elektrik

“Kami betul-betul terharu dengan sambutan luar biasa daripada rakyat Malaysia terhadap Proton e.MAS 5,” kata Encik Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET. “Sejak dari awal, misi kami jelas, kami mahu semua orang mampu memiliki sebuah EV. Dengan e.MAS 5, impian itu kini jadi kenyataan. Inilah EV paling mampu milik pertama di Malaysia, direka khas untuk rakyat.” 


Siaran langsung tersebut telah disiarkan serentak di lapan (8) halaman TikTok dan satu (1) halaman Facebook, termasuk saluran rasmi Proton e.MAS. Acara ini berjaya menarik kira-kira 572,000 penonton secara langsung, dan selepas pelancarannya, jumlah tontonan telah melebihi 1 juta dan terus meningkat di seluruh negara. 


Proton e.MAS 5 Kenderaan Elektrik

 

EV untuk Bandar, Selesa Dimiliki, Harga Mesra Rakyat 

Dengan anggaran harga permulaan antara RM60,000 hingga RM80,000, Proton e.MAS 5 berdiri sebagai kenderaan elektrik mampu milik pertama di Malaysia, direka untuk merealisasikan mobiliti elektrik untuk semua. Mempunyai saiz kompak setaraf kereta segmen-B namun menawarkan ruang dalaman seluas segmen-C, ia menawarkan praktikaliti dan keselesaan, menjadikannya pilihan ideal untuk kegunaan harian rakyat Malaysia.


Proton e.MAS 5 Kenderaan Elektrik

Kompak di luar tetapi luas di dalam, Proton e.MAS 5 menawarkan kelincahan sebuah kereta segmen B dengan keselesaan setaraf segmen C, gabungan terbaik untuk pemandu Malaysia. Ditambah pula dengan pusingan radius terbaik dalam kelasnya, kawalan pacuan roda belakang yang tepat, serta paparan status pengecasan langsung, rakyat Malaysia kini memiliki sebuah EV yang bukan sahaja mudah akses, tetapi juga benar-benar menyeronokkan untuk dipandu. 

 

Proton e.MAS 5 Kenderaan Elektrik

Tempah Proton e.MAS 5 Anda Hari Ini dengan Hanya RM99* 

Rakyat Malaysia boleh mendaftar minat untuk Proton e.MAS 5 melalui laman web rasmi Proton e.MAS, atau membuat tempahan terus di mana-mana 43 wakil pengedar Proton e.MAS di seluruh negara. 

 

Untuk membuat tempahan, anda hanya perlu membayar tempahan sebanyak RM99* dan nikmati keistimewaan eksklusif pembeli awal berikut: 

  • Kad Proton e.MAS Touch ‘n Go edisi terhad dengan nilai RM100 

  • Rebat RM500 daripada yuran tempahan** 


* Tertakluk kepada terma dan syarat 

**Tawaran ini sah untuk 5,000 pelanggan pertama yang berjaya mendaftar e.MAS 5 mereka 

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

M 160x600.jpg

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page