top of page

Proton e.MAS 7 2026 Kini Lebih Praktikal & Lebih Berbaloi

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 26 Jan
  • 4 min membaca
Proton e.MAS 7

Proton e.MAS 7 terus mengukuhkan kedudukannya sebagai kenderaan elektrik (EV) paling laris di Malaysia. Setakat 31 Disember 2025, sebanyak 9,336 unit e.MAS 7 telah berdaftar membuktikan tahap kepercayaan pengguna tempatan terhadap EV buatan Proton. Daripada jumlah tersebut, 8,677 unit digunakan di dalam negara manakala 659 unit dieksport menandakan penerimaan positif bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat antarabangsa.


Pelancaran Proton e.MAS 5 pada tahun 2025 turut mengukuhkan ekosistem EV Proton menjadikan 9,549 unit kini berada di atas jalan raya. Dengan pencapaian 20% pegangan pasaran EV pada 2025, ini bermakna 1 daripada setiap 5 EV di Malaysia ialah Proton e.MAS. Ia menjadikan Proton sebagai jenama EV tempatan yang berkembang paling pantas dan telah digunakan oleh ribuan pemilik sebenar, bukan sekadar angka atas kertas.


Kemasukan Proton e.MAS 7 model tahun 2026 menandakan permulaan yang lebih bermakna untuk industri EV tempatan, selari dengan keperluan pengguna Malaysia yang semakin terbuka kepada mobiliti elektrik.


Proton e.MAS 7 CKD di Tanjung Malim

Dipasang Secara CKD di Tanjung Malim

Satu langkah penting untuk Proton e.MAS 7 ialah peralihannya kepada pemasangan tempatan (CKD) di kilang Proton, Tanjung Malim. Kelompok pertama kini telah keluar dari barisan pengeluaran. Langkah ini bukan sekadar soal pemasangan tetapi sebahagian daripada usaha jangka panjang membangunkan ekosistem EV tempatan yang lebih kukuh dan mampan.


Proton e.MAS 7 CKD di Tanjung Malim

Dengan pengurangan kebergantungan kepada import kenderaan siap, Proton mampu mengawal kos dengan lebih baik sekaligus menawarkan harga yang lebih kompetitif kepada pengguna. Selain itu, rantaian bekalan yang lebih efisien bermakna masa menunggu alat ganti dan proses penyelenggaraan lebih singkat antara salah satu faktor penting bagi pemilik EV.


Pemasangan CKD ini juga menyumbang kepada pemindahan teknologi, pembukaan peluang pekerjaan tempatan serta menyokong sasaran Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR) dalam membangunkan industri hijau dan mengurangkan pelepasan karbon. Secara tidak langsung, Proton e.MAS 7 2026 mempercepatkan penerimaan EV dalam kalangan rakyat Malaysia dengan menawarkan nilai yang lebih relevan untuk kegunaan harian.


Bagi pengguna Malaysia, pemasangan secara CKD bukan sekadar isu lokasi pengeluaran, tetapi memberi kesan terus kepada pengalaman pemilikan. Dengan pengeluaran tempatan, rantaian bekalan menjadi lebih stabil dan pantas, sekali gus mengurangkan risiko kelewatan alat ganti sekiranya berlaku pembaikan atau kemalangan.


Selain itu, pemasangan tempatan juga memberi keyakinan dari segi sokongan selepas jualan. Pengguna tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada komponen import, sekali gus menjadikan kos pemilikan lebih terkawal dalam jangka panjang. Faktor-faktor ini penting terutamanya bagi pembeli EV kali pertama yang masih menilai aspek praktikal dan kebolehpercayaan sesebuah kenderaan elektrik.


Proton e.MAS 7

Dua Varian, Dua Gaya Hidup

Untuk memenuhi keperluan pengguna yang berbeza, Proton e.MAS 7 ditawarkan dalam dua varian utama.


PRIME

Varian ini memberi fokus kepada praktikaliti harian dan harga yang lebih mampu milik. Ia sesuai untuk:

  • Keluarga muda

  • Pengguna EV kali pertama

  • Pemanduan bandar dan rutin harian


PREMIUM

Direka untuk mereka yang mahukan teknologi yang lebih canggih. Ia sesuai untuk:

  • Keluarga yang kerap melakukan perjalanan antara bandar

  • Pengguna yang mementingkan ciri bantuan pemandu lanjutan

  • Mereka yang sering melakukan perjalanan jauh dan mahukan keselesaan serta keyakinan tambahan semasa memandu di lebuh raya


Proton e.MAS 7

Dengan kehadiran dua varian Proton e.MAS 7, ia turut dilihat sebagai titik masuk yang sesuai untuk pembeli EV kali pertama di Malaysia. Dengan semakin ramai pengguna beralih daripada enjin pembakaran dalaman kepada kenderaan elektrik, faktor kemudahan penggunaan, keselamatan dan kos pemilikan menjadi pertimbangan utama.



Melalui penawaran dua varian yang jelas berbeza, Proton e.MAS 7 memberi pilihan berdasarkan keperluan sebenar pengguna.


Apa Yang Baharu Untuk Model Tahun 2026?

Model tahun 2026 membawa peningkatan ciri yang lebih praktikal dan relevan dengan gaya hidup sebenar pengguna Malaysia.


Proton e.MAS 7 2026

Prime: Lebih Praktikal Untuk Kehidupan Seharian

Varian Prime kini dilengkapi pintu but automatik, membolehkan akses satu sentuhan melalui butang atau key fob. Ciri ini memudahkan pengguna terutamanya ketika membawa barangan sekali gus meningkatkan keselesaan penggunaan harian. Dalam konteks gaya hidup rakyat Malaysia, fungsi ini turut praktikal ketika pulang ke kampung untuk beraya, mengangkut beg pakaian atau buah tangan, mahupun urusan membeli barangan dapur dan keperluan mingguan. Tanpa perlu membuka but secara manual, pengguna dapat memuatkan barangan dengan lebih mudah walaupun dalam keadaan tangan penuh, menjadikan e.MAS 7 2026 Prime lebih sesuai untuk rutin sebenar kehidupan seharian.


Proton e.MAS 7 Interior

Premium: Keselamatan & Bantuan Pemandu Dipertingkatkan

Dalam konteks trafik Malaysia yang mencabar, terutamanya di kawasan bandar dan lebuh raya utama, sistem bantuan pemandu ini memainkan peranan penting dalam mengurangkan tekanan pemanduan. Situasi seperti pertukaran lorong secara mengejut, motosikal yang muncul dari arah sisi, atau trafik berhenti secara tiba-tiba adalah perkara biasa dalam pengalaman memandu di atas jalan raya.


Proton e.MAS 7 safety

Varian Premium menerima naik taraf Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) yang lebih menyeluruh, termasuk:


  • Bantuan Olah Gerak Mengelak (EVA) – membantu mengekalkan kawalan dan kestabilan ketika pemandu perlu mengelak secara mengejut.

  • Amaran Lintasan Trafik Hadapan (FCTA) – memberi amaran sekiranya terdapat kenderaan melintas dari kiri atau kanan di hadapan dan meningkatkan keyakinan pemandu EV baharu.

  • Bantuan Pertukaran Lorong Aktif (ALCA) – membantu pertukaran lorong yang lebih selamat di lebuh raya, terutamanya ketika trafik laju.


Gabungan ciri ini memberikan keyakinan tambahan ketika pemanduan jarak jauh serta perlindungan lebih menyeluruh untuk seisi keluarga. Dengan sokongan sistem ADAS yang dipertingkatkan, e.MAS 7 2026 Premium membantu pemandu membuat keputusan dengan lebih yakin, sekaligus meningkatkan tahap keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya lain.


Harga Lebih Kompetitif, EV Jadi Lebih Mampu Milik


Harga Proton e.MAS 7 2026

Proton e.MAS 7 2026 kini ditawarkan pada harga yang lebih kompetitif menjadikannya antara EV paling mudah diakses di pasaran Malaysia.


Harga Atas Jalan (tanpa insurans) bagi Proton e.MAS 7 2026 adalah seperti berikut:

Varian

Semenanjung Malaysia

Sabah & Sarawak

e.MAS 7 Prime

RM103,800

RM106,800

e.MAS 7 Premium

RM119,800

RM122,800

Sebagai tawaran masa terhad, Proton turut memperkenalkan tawaran Welcome Benefit dengan rebat RM4,000 menjadikan Harga Atas Jalan (tanpa insurans) untuk model tahun 2026 seperti berikut:

Varian

Semenanjung Malaysia

Sabah & Sarawak

e.MAS 7 Prime

RM99,800

RM102,800

e.MAS 7 Premium

RM115,800

RM118,800

Lebih daripada sekadar EV popular, Proton e.MAS 7 2026 kini tampil sebagai EV yang lebih dekat dengan rakyat Malaysia, lebih praktikal untuk kegunaan sebenar dan lebih diyakini. Dengan peningkatan ciri dan tawaran harga yang lebih berbaloi bagi model tahun 2026, Proton e.MAS 7 2026 terus memperkukuh peranannya sebagai pilihan utama dalam peralihan Malaysia ke arah mobiliti elektrik.


Orang ramai yang berminat dan ingin melihat Proton e.MAS 7 2026 dengan lebih dekat disarankan untuk mengunjungi bilik pameran Proton e.MAS berdekatan bagi sesi pandu uji dan merasai sendiri bagaimana ia menepati keperluan gaya hidup moden rakyat Malaysia. Seiring dengan perubahan masa, Proton e.MAS 7 2026 membuktikan bahawa peralihan ke mobiliti elektrik kini semakin mudah, yakin dan dekat dengan pengguna.

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page