top of page

5,500 Tempahan dan Terus Meningkat: Rahsia Proton e.MAS 7 Menawan Hati Rakyat Malaysia

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 18 Apr
  • 3 min membaca
5,500 Tempahan Proton e.MAS 7
Ruang dalaman yang luas, ciri keselamatan canggih dan keyakinan terhadap jenama merupakan antara sebab pengguna memilih Proton e.MAS 7.

Kini menjadi kenyataan: Proton e.MAS 7 merupakan Kenderaan Elektrik No. 1 di Malaysia untuk tiga bulan berturut-turut, mengekalkan kedudukannya sejak Januari 2025. Dengan lebih daripada 5,500 tempahan sejak mula dibuka dan lebih 1,800 unit telah diserahkan, e.MAS 7 bukan hanya sekadar peneraju pasaran tetapi ia merupakan babak baharu dalam pencapaian negara.


Sejak dari mula lagi, e.MAS 7 telah berjaya menarik perhatian pembeli di Malaysia. Gabungan ciri praktikal, teknologi terkini dan nilai yang hebat menjadikan SUV ini antara kenderaan elektrik yang paling hangat diperkatakan di negara ini.


Semasa sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Proton e.MAS Pioneers yang dianjurkan baru-baru ini, pemilik Proton e.MAS7 meluahkan rasa gembira memiliki kenderaan EV Proton. Antara sebab utama yang dikongsi termasuklah keselesaan kabin yang luas, ruang but yang besar, serta teknologi keselamatan yang canggih. Ramai juga menyatakan keyakinan mereka terhadap jenama Proton dan komitmennya terhadap kualiti sebagai faktor penting dalam keputusan pembelian. Memiliki e.MAS 7 turut membangkitkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.


“Kejayaan e.MAS 7 membuktikan bahawa gabungan kepakaran global dalam kenderaan elektrik dan pemahaman mendalam terhadap keperluan lokal mampu menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Kami telah memperkenalkan sebuah kenderaan yang mempamerkan keperluan dan aspirasi pemandu di Malaysia yang lebih praktikal, berprestasi tinggi, dan sesuai untuk kegunaan harian,” kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET. Ini hanyalah permulaan kepada perjalanan Proton dalam membentuk landskap EV negara.


Dibangunkan Secara Global, Disesuaikan Secara Lokal

Dibina atas platform yang direka khas untuk menyesuaikan dengan keadaan pemanduan tempatan, Proton e.MAS 7 menggabungkan prestasi hebat dengan kemudahan yang praktikal. Motor elektrik 160kW-nya menjana 320Nm tork, membolehkan pecutan dari 0 ke 100 km/j dalam hanya 6.9 saat—memberikan pengalaman pemanduan bandar yang lancar. Kelajuan maksimum 175 km/j pula memastikan kuasa yang mencukupi untuk pemanduan di lebuh raya.


Unit pacuan 12-dalam-1 yang canggih pada kenderaan ini telah melalui ujian jalan raya tempatan melebihi 100,000km  untuk menguji ketahanannya dalam pelbagai jenis permukaan jalan dan cuaca di Malaysia. Ia dipadankan dengan teknologi bateri AEGIS Short Blade generasi baharu, yang membolehkan pengecasan pantas dari 30% ke 80% hanya dalam 20 minit. Pengecasan DC selama 10 minit pula memberikan jarak tambahan sejauh 135 km, sesuai untuk persinggahan sementara ketika perjalanan jauh.


Ketahanan bateri turut menjadi salah satu ciri kekuatan utama: bateri ini mampu mengekalkan 90.5% tahap kesihatan selepas melalui 921 kitaran pengecasan penuh, bersamaan dengan jarak penggunaan sehingga 400,000 km.


Ruang Luas, Bergaya, dan Premium Di Ruang Dalaman

Dengan jarak roda 2,750mm dan lantai kabin, e.MAS 7 menawarkan ruang dalaman terbaik dalam segmennya. SUV ini dilengkapi dengan tempat duduk hadapan yang berventilasi dan boleh diturunkankan sepenuhnya, tempat duduk belakang juga boleh diturunkan dalam dua tahap, serta 33 ruang penyimpanan termasuk ruang tersembunyi 14L di bawah tempat duduk untuk barang berharga. Ruang but yang luas mencapai 1,888L dengan tempat duduk belakang dilipat, ditambah dengan bekas penyimpanan bawah lantai 51L.


Ciri premium termasuk pencahayaan ambient 256 warna, dan sistem audio Flyme 1,000W dengan 16 pembesar suara serta bunyi surround WANOS dan pembesar suara pada kepala tempat duduk pemandu, ciri-ciri ini yang biasanya dapat ditemui pada jenama dan model lebih premium.

Proton e.MAS 7

Teknologi yang Meningkatkan Setiap Perjalanan

Kabin e.MAS 7 yang penuh dengan teknologi dilengkapi dengan skrin sentuh 15.4” 2.5K dan kluster instrumen digital LCD 10.2”, kedua-duanya dikuasakan oleh Flyme Auto OS yang responsif. Paparan Head-Up (HUD) di cermin hadapan memaparkan maklumat pemanduan penting terus ke garis pandangan pemandu, satu lagi ciri eksklusif dalam kelasnya.


Integrasi yang lancar disediakan melalui Aplikasi Proton e.MAS, yang menghubungkan lebih 2,300 poin pengecasan awam di seluruh negara, termasuk 75 pengecas pantas DC di cawangan Proton, Proton e.MAS, dan smart. Pengguna boleh mencari, memulakan, dan memberhentikan pengecasan, serta membayar caj pengecasan semuanya melalui aplikasi tersebut.


Keselamatan Diutamakan

e.MAS 7 telah memperoleh penarafan 5 Bintang ASEAN NCAP, dengan 92.57 mata, mendahului dalam perlindungan orang dewasa dan kanak-kanak. Kenderaan ini dilengkapi dengan enam beg udara, Kawalan Pemanduan Pintar dan Adaptif, sistem kamera 360°, serta Sistem Bantuan Pemandu Canggih Tahap 2 (ADAS).


Bagi memastikan kebolehpercayaan jangka panjang, bateri telah lulus ujian “6-Devil” iaitu ditempuh dengan senario kebakaran, banjir, beku, hancur, calar, dan pelanggaran. Terdapat sistem keselamatan canggih yang akan memutuskan sistem voltan tinggi sekiranya berlaku perlanggaran, manakala kedalaman merentas air sehingga 400mm menjadikannya cukup efisien dalam menghadapi banjir kilat di Malaysia serta jalan luar bandar.


Masa Depan EV Malaysia Bermula Di Sini

Bermula dari RM105,800* untuk varian Prime dan RM119,800* untuk varian Premium, e.MAS 7 menawarkan nilai luar biasa dengan spesifikasi terbaik dalam kelasnya. Ia kini tersedia di 31 cawangan Proton e.MAS di seluruh negara, dengan lebih banyak lokasi akan dibuka sepanjang tahun.As the shift to electric mobility accelerates, the success of the Proton e.MAS 7 proves that Malaysia isn’t just keeping up with global EV trends—it’s helping shape them.

 

Comments


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

bottom of page