Proton e.MAS 7: Pandu Uji Weekend SPARK dan Sambutan Tahun Baru dengan Diskaun 30% Caj Pengecasan!
- Panduman

- 28 Jan 2025
- 2 min membaca
Updated: 13 Apr 2025

PRO-NET, anak syarikat pengeluar kenderaan nasional PROTON, meraikan tahun baru 2025 dengan pemanduan jarak jauh pertama yang dikenali sebagai Proton e.MAS 7 Weekend SPARK Media Drive ke bandar bersejarah Melaka.
Dengan mempamerkan keupayaan kenderaan elektrik serba baharu PROTON ini, pihak media dijemput untuk merasai sendiri teknologi canggih e.MAS 7 dan menilai prestasinya dalam keadaan jalan sebenar. Ciri-ciri seperti unit pemanduan pintar 12-dalam-1 dan ADAS semi-autonomi Tahap 2 diuji di atas pelbagai jenis permukaan jalan termasuk jalan bandar, luar bandar, jalan sehala dan lebuh raya.
Flag-off pada pagi itu dari PROTON Center of Excellence (COE) menandakan permulaan "e.MAS 7 Efficiency Challenge" dengan garisan penamat di salah sebuah pengedar Proton e.MAS di Melaka. Cabaran ini bertujuan untuk menilai pemanduan pengunaan bateri yang paling minima dalam mempamerkan pek bateri generasi baharu serta unit pemanduan dalam kedua-dua varian Prime dan Premium e.MAS 7.
Pasukan yang menang, diketuai oleh media automotif, Ikhwan Nazri, menyelesaikan cabaran kecekapan dengan memandu dari COE ke pusat pengedar Proton e.MAS di Melaka dengan hanya menggunakan 30% cas bateri berbakikan jarak sebanyak 300km. “Saya sangat kagum dengan empat tetapan regen yang tersedia dan dengan memilih tetapan paling rendah, ia memberikan e.MAS 7 lebih inersia dalam membantu meluncur dan meredah. Hal ini membolehkan kami mendapatkan angka penggunaan tenaga paling rendah dan menduduki tempat teratas dalam cabaran “Efficiency Challenge”. Ini merupakan tips penting dalam mendapatkan jarak paling jauh dalam sesebuah EV (dan juga kenderaan ICE)” komen Ikhwan dari Amanz.
Perbezaan Reka Bentuk Sejarah
Bentuk futuristik yang anggun pada e.MAS 7 dapat dibandingkan dengan seni bina bersejarah bangunan ikonik seperti Stadthuys dan A Famosa. Gabungan antara moden dan tradisional ini mencipta latar belakang yang unik bagi cabaran akhir Pengembaraan Media ini. Cabaran kreatif ini menggalakkan kreativiti di kalangan media untuk menghasilkan video pendek dalam mempertontonkan perjalanan tersebut sambil menunjukkan keterujaan mereka terhadap kenderaan elektrik baharu PROTON.
"Weekend SPARK Media Drive adalah peluang untuk rakan media menikmati hujung minggu yang santai sambil menyertai cabaran-cabaran yang menyeronokkan dalam menonjolkan keupayaan kenderaan elektrik baharu kami. Ini adalah cara kami untuk menunjukkan kepada semua apa yang ditawarkan daripada e.MAS 7," kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET.




















Komen