Proton e.MAS 7 PHEV Buat Penampilan Sulung di Karnival Musim Bunga Tahun Baru Cina 2026
- Anna Chong

- 19 Jan
- 2 min membaca

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat milik penuh pengeluar kereta nasional PROTON, mempamerkan kepada rakyat Malaysia dengan Proton e.MAS 7 PHEV yang akan dilancarkan tidak lama lagi menerusi Karnival Musim Bunga Tahun Baru Cina (CNY) bersama Mango Media. Acara ini akan berlangsung dari 15 hingga 25 Januari 2026 di Piazza, Pavilion Bukit Jalil.
Karnival selama 11 hari ini menandakan antara penampilan sulung terawal Proton e.MAS 7 PHEV sejak tempahan dibuka, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat model ini dengan lebih dekat sepanjang musim perayaan.

Puan Salawati Mohd Yusoff, Ketua Pegawai Penjenamaan PRO-NET, berkata, “Dengan membawa Proton e.MAS 7 PHEV ke sambutan Tahun Baru Cina bersama Mango Media, kami ingin mendekatkan jenama Proton e.MAS dengan rakyat Malaysia dalam suasana yang lebih santai dan menyeronokkan. Ia memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat sendiri kenderaan ini, merasai pengalaman Proton e.MAS, dan memahami bagaimana kereta EV boleh menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian.”
Sebagai sebahagian daripada programi ini, pengunjung berpeluang melihat Proton e.MAS 7 PHEV bersama model yang baru dilancarkan, e.MAS 5, sehingga 25 Januari. PRO-NET turut memperkenalkan peraduan “Snap, Share & Win”, yang memberi peluang kepada pengunjung untuk memenangi sebuah kenderaan elektrik dengan menyertai aktiviti di acara tersebut.

Sertai Peraduan “Snap, Share & Win!” untuk Memenangi Sebuah Kereta Proton e.MAS
Peserta hanya perlu mengambil gambar bersama Proton e.MAS 7 PHEV yang dipamerkan di lokasi acara dan memuat naiknya ke salah satu akaun media sosial peribadi mereka (Instagram, TikTok atau Facebook), dengan menandai akaun media sosial rasmi Proton e.MAS dan Proton e.MAS Cars, sertakan tanda pagar yang ditetapkan, iaitu #eMAS7PHEVPower.
Untuk melayakkan diri memenangi kereta Proton e.MAS, peserta juga perlu membuat tempahan Proton e.MAS 7 PHEV di mana-mana pengedar sah. Seorang peserta yang layak dan memenuhi semua syarat* akan dipilih untuk memenangi sebuah Proton e.MAS 5 Prime.
Sekiranya pemenang yang terpilih tidak membuat tempahan Proton e.MAS 7 PHEV, hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 akan diberikan melalui Touch ’n Go eWallet. Pemenang akan diumumkan pada penghujung Februari 2026.
Tempah e.MAS 7 PHEV sekarang dengan RM99* dan nikmati keistimewaan eksklusif untuk pemilik awal.Pelanggan yang berminat boleh mendaftar minat mereka melalui laman web rasmi Proton e.MAS atau membuat tempahan terus di mana-mana pengedar rasmi Proton e.MAS di seluruh negara dengan membayar yuran tempahan sebanyak RM99* dan menikmati keistimewaan eksklusif sebagai pelanggan awal:
Rebat RM500 untuk yuran tempahan**
Tertakluk kepada Terma & Syarat* Tawaran ini sah untuk 5,000 pelanggan pertama yang berjaya mendaftar Proton e.MAS 7 PHEV.




















Komen