Sebanyak 2,716 Unit Telah Terjual: Setiap Jam, Salah Seorang Dari Rakyat Malaysia Memilih Proton e.MAS 7
- Anna Chong
- 20 Mei
- 2 min membaca

Dalam tempoh masa empat bulan sahaja, PRO-NET, anak syarikat milik penuh PROTON, telah menghantar sebanyak 2,716 unit Proton e.MAS 7 kepada para pelanggan di seluruh Malaysia dan pasaran eksport. Sejak bermulanya penghantaran pada Januari 2025 yang lalu, secara purata satu unit e.MAS 7 telah dimiliki oleh rakyat Malaysia pada setiap jam. Ia menandakan satu pencapaian yang cukup membanggakan. Dengan 863 unit (termasuk pasaran tempatan dan eksport) berada di atas jalan raya pada bulan April 2025 sahaja, SUV elektrik sepenuhnya ini terus mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju segmen EV, dengan penguasaan pasaran sebanyak 26% di Malaysia untuk empat bulan berturut-turut.
“Kami amat berterima kasih kepada semua para pelanggan kami atas keyakinan berterusan yang diberikan,” ujar Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET. “Hakikatnya, satu unit telah terjual pada setiap jam membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah bersedia untuk melangkah ke arah masa depan mobiliti elektrik bersama Proton e.MAS 7. Kepercayaan dan sokongan ini yang menjadi pemangkin kepada kejayaan ini.”

Momentum yang berterusan ini mencerminkan penerimaan rakyat Malaysia yang semakin meningkat terhadap kenderaan elektrik sebagai pilihan utama untuk beralih ke mobiliti lestari. Dengan gabungan inovasi berteknologi tinggi, praktikaliti yang memenuhi keperluan harian serta harga yang berpatutan, Proton e.MAS 7 kini menjadi pilihan utama dalam kalangan keluarga, golongan profesional dan pemilik kereta enjin petrol yang ingin beralih ke EV di seluruh negara.
Memperluas Ekosistem EV, Membuat Pemilikan Menjadi Lebih Lancar dan Mesra Pengguna
Dengan permintaan yang semakin meningkat, PRO-NET terus memperluas jaringan pengecasannya melalui Peta Pengecasan Langsung Bersepadu yang kini mencatat lebih 2,500 titik pengecasan dan meliputi lebih 90% kawasan di seluruh negara. Semua ini boleh diakses dengan mudah melalui sistem navigasi kereta dan aplikasi Proton e.MAS. Bagi pemilik e.MAS 7 yang tinggal di kondominium atau pangsapuri, mereka juga tidak perlu risau kerana lebih 1,000 titik pengecasan sudah tersedia di 397 lokasi kediaman seluruh Malaysia. PRO-NET juga sentiasa bekerjasama dengan pengendali pengecas baru untuk memastikan setiap pemilik e.MAS 7 mudah mencari tempat pengecasan di mana sahaja mereka berada.

Pemilik Proton e.MAS 7 boleh menghantar kenderaan mereka untuk servis penyelenggaraan berkala di 24 pusat 3S yang tersebar di seluruh Malaysia, dengan 10 pusat Badan dan Cat sedia membantu. Lebih banyak pusat 3S dan Badan dan Cat juga akan dibuka tidak lama lagi bagi memudahkan perkhidmatan selepas jualan.
“Ini hanyalah permulaan,” tambah Zhang Qiang. “Seiring dengan pertumbuhan EV yang semakin pesat, kami juga giat memperbaiki perkhidmatan agar setiap pemilik e.MAS 7, sama ada sekarang atau akan datang dapat menikmati pengalaman memiliki kenderaan dengan lebih lancar, menyeronokkan, dan hijau.”

Harga Untuk Semua Rakyat Malaysia
Setiap Proton e.MAS 7 yang kita lihat di jalan raya adalah tanda sokongan pelanggan yang mahu bersama-sama menuju masa depan yang lebih hijau dan lestari. Dorongan inilah yang menguatkan misi Proton untuk menjadikan penggunaan kenderaan elektrik sesuatu yang mudah dan menyeronokkan bagi setiap rakyat Malaysia.
Dengan harga bermula dari RM105,800* bagi varian Prime dan RM119,800* untuk varian Premium, e.MAS 7 menawarkan nilai yang luar biasa dengan prestasi dan teknologi yang canggih dalam kelasnya.
Comments