top of page

PROTON Pamer Teknologi Generasi Baharu Dan Pratonton Eksklusif Model 2026

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 4 Dis
  • 2 min membaca

Proton Technology Showcase

PROTON hari ini melancarkan acara Proton Technology Showcase di fasiliti Centre of Excellence (COE), mempamerkan gabungan teknologi EV dan ICE terkini. Pameran ini turut disertakan dengan barisan penuh model-model terbaharu PROTON serta siri pembentangan dan perbincangan mengenai trend dan teknologi automotif masa kini dan masa hadapan.



Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong, bersama-sama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dato’ Abdul Rashid Musa.


Proton Technology Showcase

Terokai inovasi PROTON dan ikuti perkembangan penting industri automotif

Proton Tech Showcase membuka peluang kepada pengunjung untuk mengetahui dengan lebih mendalam teknologi yang membangunkan model-model terbaharu PROTON. Pameran ini menghimpunkan pencapaian kejuruteraan paling penting syarikat di bawah satu bumbung, sekali gus memberi akses eksklusif untuk melihat dengan lebih dekat inovasi terkini dalam elektrifikasi, pembangunan rangkaian kuasa dan kesambungan pintar. Antara tarikan utama yang dipamerkan ialah platform GMA, bateri Short Blade serta enjin dan transmisi PHEV terbaharu PROTON. ACO Tech turut menampilkan pameran kesambungan pintar yang merangkumi teknologi AR dan AI. Barisan model terkini PROTON seperti Proton X50, Proton e.MAS 5 dan Proton Saga serba baharu juga akan dipamerkan, bersama sebuah model yang akan membuat penampilan pertama kepada umum sebelum pelancarannya pada awal 2026.


Proton Technology Showcase
Proton Technology Showcase

Selain pameran, para pengunjung juga berpeluang mendapatkan maklumat bermanfaat melalui siri pembentangan oleh PROTON, Geely, vendor dan rakan kerjasama lain. Sesi perbincangan panel turut diadakan, di samping rakaman LIVE khas podcast popular Tekan Habis, yang memberi peluang kepada pengunjung untuk bertanyakan soalan secara langsung kepada hos program.



Penganjuran ini hadir pada saat penting dalam evolusi PROTON, mencerminkan kejayaan dan kemajuan yang dicapai melalui kerjasama erat DRB-HICOM dan Geely. Dengan perkembangan pesat ini, Proton Tech Showcase menjadi platform tepat bagi orang ramai mengikuti evolusi teknologi automotif PROTON sepanjang program tiga hari yang turut menawarkan pelbagai aktiviti mesra keluarga.


Proton Technology Showcase

Pengalaman eksklusif di fasiliti ujian separa kelajuan tinggi pertama di Malaysia

Salah satu tarikan utama acara ini ialah peluang untuk menaiki kereta bersama pemandu PROTON di litar ujian separa kelajuan tinggi. Ia memberi pengalaman langsung kepada pengunjung untuk merasai bagaimana teknologi dan kejuruteraan PROTON bekerja dalam keadaan sebenar. Litar ini menjadi tapak utama untuk menguji semua model PROTON dan merupakan satu-satunya fasiliti khusus seumpamanya di Malaysia, menunjukkan komitmen berterusan syarikat dalam pembangunan automotif.



“PROTON sedang melangkah ke fasa seterusnya di mana teknologi serta inovasi memainkan peranan utama dalam pembentukan produk dan hala tuju syarikat. Kemajuan yang dipamerkan adalah hasil kerjasama erat bersama Geely dan usaha gigih pasukan kejuruteraan kami. Kami berharap rakyat Malaysia dapat memahami teknologi kami dan arah perkembangan jenama ini, dan kami berbesar hati dapat menunjukkan perkembangan tersebut,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.



Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page