SAIC Motor Malaysia Umum Harga Rasmi MG HS Baharu: Tawaran Eksklusif RM5,000 Sempena Ulang Tahun MG ke-100!
- Panduman

- 22 Nov 2024
- 1 min membaca

SAIC Motor Malaysia umumkan harga rasmi untuk varian MG HS SUV Standard & Lux baharu - masing-masing berharga RM129,900 dan RM145,900. Dan juga tawaran pengenalan eksklusif sebanyak RM5,000 sempena ulang tahun MG ke-100.
SUV ini menampilkan reka bentuk anggun dengan lampu LED Bi-Fungsi, gril berani, bampar baharu, dan rim aloi potongan ‘Diamond Cut’ 18 inci. Bahagian dalam dilengkapi bumbung suria panoramik, 64 pilihan lampu suasana, tempat duduk Sport, serta sistem infotainmen 10.1 inci dengan kamera 360˚, Apple CarPlay, Android Auto dan MG iSMART.
Dikuasakan enjin turbo 1.5L dengan transmisi 7-kelajuan, MG HS menghasilkan 162 PS dan tork maksimum 250 Nm. Sistem keselamatan MG Pilot merangkumi AEB, Adaptive Cruise Control, Blind Spot Detection dan banyak lagi.
Pakej Jaminan:
• 5 Tahun Jaminan Tanpa Had Jarak Perbatuan
• 7 Tahun Jaminan Rangkaian Kuasa
Sertai ujian pandu pada 23 & 24 November 2024 di Pusat Pengedar Sah MG. Dan layari mgmalaysia.com atau hubungi 1800-28-3636 untuk maklumat lanjut.





































Komen