top of page

Sime Motors Melancarkan BYD Mansion Macalister, Memperkukuh Jenama BYD di Malaysia

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 26 Mei
  • 3 min membaca

Sime Motors Melancarkan BYD Mansion Macalister
(Dari kiri) Adeline Lew, Pengarah Urusan BYD Sime Motors; Jacob Ma, Pengarah Urusan BYD Malaysia; Liu Xueliang, Naib Presiden BYD Co., Ltd dan Pengurus Besar Bahagian Jualan Auto BYD Asia Pasifik; YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang; YB H’ng Mooi Lye, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa Pulau Pinang; Jeffrey Gan, Pengarah Urusan, Asia Tenggara, Sime Motors; dan Vi Thim Juan, Pengarah Urusan Runcit & Pengedaran Malaysia, Sime Motors, merasmikan pelancaran besar-besaran BYD Mansion Macalister di George Town, Pulau Pinang.

BYD Malaysia dan Sime Motors, pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia, terus memperkukuh pengalaman pemilikan kenderaan elektrik di serata negara. Dengan rangkaian semasa meliputi 40 bilik pameran dan lebih 30 pusat perkhidmatan lepas jualan di seluruh negara, disokong oleh pelaburan berterusan dalam bakat tempatan dan kecemerlangan perkhidmatan, kedua-dua rakan kerjasama tersebut memastikan bahawa para pemilik EV Malaysia menikmati pengalaman pemilikan yang yakin dan lancar di setiap kawasan utama.

 

Sime Motors Melancarkan BYD Mansion Macalister
Satu tanda penghargaan telah disampaikan oleh Liu Xueliang, Naib Presiden BYD Co., Ltd. dan Pengurus Besar Bahagian Jualan Auto BYD Asia Pasifik, kepada YB H’ng Mooi Lye, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa Negeri Pulau Pinang, semasa pembukaan rasmi BYD Mansion Macalister.

Usaha terkini dalam komitmen bersama ini ialah pembukaan rasmi BYD Mansion Macalister di tengah-tengah bandar George Town, Pulau Pinang. Hartanah warisan yang dibaik pulih dengan penuh teliti dan diubah suai untuk menjadi bilik pameran perdana bagi jenama tersebut di kawasan utara. Ia menggabungkan budaya tempatan dengan inovasi EV yang moden untuk menghasilkan pengalaman pelanggan bertarah premium.. Majlis pelancaran tersebut dihadiri oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang, dan YB H’ng Mooi Lye, ahli Exco Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa Pulau Pinang. Mercu jaya ini disambut dengan meraikan pemilik ke-5,000 BYD di kawasan utara, jelas menunjukkan keyakinan yang semakin meningkat terhadap pengangkutan elektrik di luar Lembah Klang.


Sime Motors Melancarkan BYD Mansion Macalister
Pelancaran mural peringatan di acara pelancaran, meraikan penyepaduan inovasi EV moden BYD dengan warisan dan budaya tempatan Malaysia.

 Liu Xueliang, Naib Presiden BYD Co., Ltd dan Pengurus Besar Bahagian Jualan Auto BYD Asia Pacific, berkata, “Komitmen kami kepada Malaysia mencerminkan wawasan global BYD untuk menjadikan pengangkutan lestari mudah dicapai oleh semua. Kami terus menyalurkan inovasi teknologi dan keupayaan penyelidikan kami ke dalam pasaran ini kerana kami yakin terhadap masa depan elektrik Malaysia. Pelaburan berterusan kami untuk meningkatkan kemahiran bakat tempatan dalam teknologi EV yang sedia untuk masa depan menunaikan janji jangka panjang kami kepada negara ini. BYD Mansion Macalister benar-benar mencerminkan komitmen ini, yang menggabungkan inovasi bertaraf dunia dengan penghormatan kepada warisan tempatan.”

 

Sime Motors Melancarkan BYD Mansion Macalister
Satu majlis meraikan pemilik BYD ke-5,000 di wilayah utara, menonjolkan keyakinan pengguna yang semakin meningkat terhadap mobiliti elektrik di luar Lembah Klang.

Jeffrey Gan, Pengarah Urusan, Asia Tenggara, Sime Motors, berkata, “Komitmen kami kepada Malaysia diukur daripada kepercayaan yang diletakkan oleh para pelanggan terhadap kami setiap hari.  Kami membina rangkaian tempatan yang memastikan setiap pemilik BYD menikmati sokongan yang memuaskan dan meyakinkan sepanjang hayat kenderaan mereka. Disokong lebih 30 pusat lepas jualan, pasukan juruteknik bertauliah dan penasihat servis dari Malaysia, di samping bilik pameran bersepadu seperti BYD Mansion Macalister yang menawarkan khidmat rundingan, penjagaan dan pengecasan di bawah satu bumbung, kami mengutamakan pelanggan dalam teras ekosistem ini.”


BYD Mansion Macalister yang beroperasi dari bangunan mercu tanda yang telah dibaik pulih dan tersergam indah, direka bukan sahaja untuk menjadi cawangan wakil jualan semata-mata. Pusat ini menyediakan ruang rundingan khusus, titik hubungan digital bersepadu, dan ruang pertemuan peribadi, membolehkan pengunjung meninjau secara dekat rangkaian kenderaan elektrik penuh BYD dalam persekitaran yang mesra dan menari. Pusat servis dan hab pengecasan di lokasi menjadikannya pusat pemilikan serba lengkap – jelas mencerminkan hasrat BYD dan Sime Motors untuk menjadikan pemilikan EV lebih menyenangkan dan meyakinkan bagi pelanggan di kawasan utara.

 

Sime Motors Melancarkan BYD Mansion Macalister

Selain infrastruktur fizikal, BYD Malaysia dan Sime Motors terus membuat pelaburan besar dalam modal insan. Program latihan untuk juruteknik, penasihat jualan, dan profesional lepas jualan terus diperkembangkan secara aktif untuk memastikan rakyat Malaysia memanfaatkan kepakaran EV bertauliah global di dalam negara.

 

Sempena pelancaran BYD Mansion Macalister di Pulau Pinang baru-baru ini, BYD Sime Motors menganjurkan acara jelajah jalanan media dari BYD Ara Damansara ke BYD Mansion Macalister. Perjalanan sejauh 360-kilometer ini memperlihatkan kecemerlangan kenderaan elektrik BYD dari segi prestasi, keselesaan dan keupayaan jarak jauh. Menjelajah lebuh raya dan menyusuri laluan indah dan singgah di destinasi yang penuh dengan warisan budaya, membuktikan keupayaan meyakinkan BYD yang sudah pun dipilih oleh 5,000 pemilik di kawasan utara sahaja.



Seiring dengan peningkatan penggunaan kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara, BYD Sime Motors terus kekal fokus pada penyampaian perkhidmatan pelanggan yang boleh dipercayai melalui sokongan selepas jualan yang mudah diakses, latihan berterusan bagi pasukan barisan hadapan serta tahap kesiapsiagaan perkhidmatan yang tinggi. Disokong oleh kadar ketersediaan alat ganti selepas jualan sebanyak 95%, pelanggan dapat menikmati sokongan yang lebih pantas serta pengalaman pemilikan yang lebih lancar, sekali gus mencerminkan komitmen jenama dalam mengutamakan pelanggan.


Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page