top of page

UTM, PERODUA Jalin Kerjasama Strategik Pacu Teknologi xEV

Writer: Anna Chong
Anna Chong
24 Apr
2 min membaca

UTM, PERODUA Jalin Kerjasama Strategik Pacu Teknologi xEV
Makmal Kejuruteraan xEV Perodua-UTM yang dilengkapi dengan beberapa unit kenderaan untuk kegunaan pelajar-pelajar.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (PERODUA) hari ini memeterai kerjasama fasa baharu pembangunan automotif negara melalui Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Perjanjian (MoA) bagi pelaksanaan ‘Program Kejuruteraan xEV PERODUA-UTM’.


Kolaborasi strategik itu memfokuskan kepada pemerkasaan modal insan dan penyelidikan teknologi Kenderaan Elektrik (xEV) bagi mendepani cabaran mobiliti hijau di Malaysia.


Melalui kerjasama selama lima tahun itu, seramai 10 hingga 15 pelajar cemerlang daripada program Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian akan dipilih setiap tahun untuk menyertai program khas ini. Secara keseluruhannya, para pelajar ini keseluruhannya akan mengikuti program ini selama satu setengah tahun bermula semester kedua ketika berada di tahun tiga pengajian.


UTM, PERODUA Jalin Kerjasama Strategik Pacu Teknologi xEV
Papan tanda Makmal Kejuruteraan xEV Perodua-UTM.

Pelajar terpilih akan menjalani latihan industri di PERODUA selama 10 minggu dan berpeluang memperoleh pensijilan antarabangsa Institute of the Motor Industry (IMI) Level 3. Selain itu, Projek Sarjana Muda (FYP) mereka akan diselia secara bersama oleh jurutera pakar PERODUA bagi memastikan hasil kajian memenuhi piawaian industri.


Naib Canselor UTM, Prof. Ts. Dr. Mohd Shafry Abdul Rahim menyifatkan kolaborasi ini sebagai anjakan paradigma dalam merapatkan jurang antara akademik dan keperluan industri.


UTM, PERODUA Jalin Kerjasama Strategik Pacu Teknologi xEV
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad (lima dari kanan) bersama dengan  Naib Canselor UTM, Prof. Ts. Dr. Mohd Shafry Abdul Rahim (enam dari kanan) bergambar di hadapan Makmal Kejuruteraan xEV Perodua-UTM di UTM Skudai, Johor.

"Melalui penubuhan Makmal Kejuruteraan xEV PERODUA-UTM yang dilengkapi peralatan canggih, graduan kami akan memiliki kelebihan daya saing yang tinggi. Integrasi kursus elektif kejuruteraan kenderaan elektrik bateri (BEV) dalam kurikulum dan akses kepada teknologi simulasi terkini seperti sistem Hardware in the Loop (HIL) pula akan menjadikan graduan UTM sentiasa relevan dan 'future-ready'," jelas beliau.


Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, inisiatif itu adalah langkah proaktif syarikat dalam membina ekosistem xEV yang mampan serta kompetitif di peringkat global.


UTM, PERODUA Jalin Kerjasama Strategik Pacu Teknologi xEV
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad (empat dari kanan) bertukar dokumen Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Naib Canselor UTM, Prof. Ts. Dr. Mohd Shafry Abdul Rahim (empat dari kiri) di UTM Skudai, Johor.

"Kerjasama ini bukan sekadar pemindahan teknologi, malah ia adalah pelaburan jangka panjang untuk melahirkan jurutera 'masa hadapan' yang mahir dalam kejuruteraan kenderaan elektrik. Dengan bimbingan terus daripada jurutera kami, pelajar akan didedahkan kepada realiti sebenar industri automotif moden," katanya.


Sebagai sokongan kepada program tersebut, PERODUA turut menyumbangkan peralatan teknikal dan dua (2)unit kenderaan PERODUA QV-E bagi tujuan pembelajaran praktikal di Makmal Kejuruteraan xEV PERODUA-UTM.


Menerusi kerjasama ini, UTM akan terus memperkukuh hubungan strategik bersama industri bagi memastikan pembangunan bakat dan inovasi negara sentiasa seiring dengan keperluan semasa, seterusnya menyumbang kepada agenda kelestarian serta kemajuan sektor automotif negara.

Komen


ADVERTISEMENT

KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page