top of page

Juara Layak Mendapat Juara. PROTON S70 yang meraih anugerah diberikan sebagai hadiah utama kepada pemenang Miss Asia 2024

  • Writer: Panduman
    Panduman
  • 25 Feb 2025
  • 3 min membaca
Dari kiri, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, En. Roslan Abdullah, menyerahkan kunci kepada Janice Chian (kanan)
Dari kiri, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, En. Roslan Abdullah, menyerahkan kunci kepada Janice Chian (kanan)

Sedan PROTON S70 yang telah memenangi pelbagai anugerah, telah memenangi seorang lagi peminat baharu apabila ia diserahkan sebagai hadiah utama untuk Miss Asia (Asia Tenggara) 2024. Janice Chian Yan Tong, seorang gadis yang berusia 24 tahun dan berasal dari Ipoh, telah dinobatkan sebagain pemenang mahkota berprestij terseebut setelah bersaaing dengan 16 finalis lain. Beliau baru-baru ini menerima hadiahnya semasa lawatannya ke ibu pejabat Pusat Kecemerlangan (COE) PROTON.


Sama seperti kereta yang diterimanya, Janice adalah seorang juara sejati yang melambangkan keanggunan, citacita, dan semangat kemenangan yang diperlukan untuk menjadi juara, ciri-ciri yang turut terdapat pada PROTON S70.

Janice Chian, Juara Miss Asia (Rantau Asia Tenggara) Pageant 2024.
Janice Chian, Juara Miss Asia (Rantau Asia Tenggara) Pageant 2024.

"PROTON berbesar hati untuk menghadiahkan sebuah PROTON S70 kepada pemenang Miss Asia (Asia Tenggara) 2024 sebagai hadiah utama dan ganjaran atas kemenangannya. Pertandingan berprestij ini melambangkan kecemerlangan, cita-cita dan keyakinan, yang merupakan nilai-nilai yang selaras dengan nilai korporat kami. Sebagai sedan C-segmen terlaris di Malaysia, PROTON S70 adalah kenderaan yang sesuai untuk individu muda yang berkeyakinan yang sedang mengorak langkah maju dalam kehidupan," kata Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.


Selepas memandu uji kereta baharunya buat kali pertama, Janice meluahkan kekagumannya terhadap pengendalian yang lancar, ciri-ciri pintar dan reka bentuk yang anggun pada kenderaan tersebut. Dengan gabungan inovasi dan reka bentuk moden, PROTON S70 berpotensi untuk mencipta impak dalam industri automotif, menawarkan pengalaman pemanduan yang dipertingkatkan bagi peminat dan pemandu harian.

"PROTON S70 memenuhi semua keperluan saya daripada kuasa yang mengagumkan, gaya yang sofistikated, keselamatan, sehinggalah teknologi moden. Ia adalah kereta yang benar-benar menonjol dalam kelasnya," kata Janice.


Meningkatkan Standard Kecemerlangan Sedan Kompak

PROTON S70 direka untuk mereka yang beraspirasi tinggi, menawarkan pengalaman pemanduan sebuah kenderaan segmen-C pada harga yang lebih berpatutan, setaraf dengan harga jualan segmen-B. Dengan enjin turbo 1.5L yang menghasilkan 150PS kuasa dan 226Nm tork, dipadankan dengan transmisi dwi-klac 7 kelajuan, S70 mencapai keseimbangan sempurna antara kuasa, kecekapan dan keseronokan pemanduan. Pengalaman pemanduan yang unggul, ditambah dengan teknologi penyerap getaran yang canggih, menjamin pengalaman pemanduan premium. Ditawarkan dalam varian Executive, Premium, Flagship dan Flagship X, S70 menampilkan reka bentuk sofistikated dengan lampu depan LED, roda aloi 17 inci, sunroof, dan bar lampu belakang yang ikonik.


Bahagian dalaman menawarkan kabin yang mewah dengan tempat duduk kulit sintetik, tempat duduk pemandu yang boleh dilaras secara elektrik, dan ventilasi udara di bahagian belakang untuk keselesaan optimum. Selain itu, integrasi sambungan jarak jauh meningkatkan kemudahan pengguna, menjadikan S70 pilihan yang tepat bagi mereka yang mencari gaya, prestasi, dan teknologi canggih dalam satu pakej.

Pemandu yang celik teknologi akan mendapat manfaat daripada Arahan Suara "Hi PROTON" (varian Flagship & Flagship X) melalui skrin infotainmen 12.3 inci dan aplikasi PROTON Link untuk kawalan jauh pelbagai kenderaan. Keselamatan adalah keutamaan dengan penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP, enam beg udara SRS, 13 ciri ADAS Tahap 2 termasuk AEB, Kawalan Pemanduan Pintar, dan Bantuan Penukaran Laluan, serta Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) dan kamera 3D 360 darjah untuk perlindungan tambahan.


Simbol Prestij dan Prestasi

Sebagai juara sebenar dalam segmennya, PROTON S70 telah memperoleh pelbagai anugerah berprestij dalam industri, termasuk CarSifu Editors' Choice Awards 2024 – Kereta ICE Tahun Ini & Sedan Nilai Terbaik di bawah RM100k, Carlist.my & WapCar.my People’s Choice COTY 2024 – Sedan Kompak Terbaik, Allianz DSF.my Vehicle of the Year 2024 – Sedan Terbaik Tahun Ini, dan Anugerah Kereta Tahun Ini Rider ATH 2024 – Sedan Terbaik Tahun Ini.


Selain itu, PROTON S70 juga telah menerima anugerah khas sebagai Kereta Terbaik Malaysia Tahun 2024 – Kereta Nilai Terbaik daripada Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARII). Pengiktirafan berprestij ini menonjolkan gabungan luar biasa antara prestasi, teknologi dan kemampuan harga S70, memperkukuhkan statusnya sebagai pilihan utama bagi mereka yang mencari nilai terbaik dalam pasaran automotif.


PROTON Menawarkan Promosi Rebat Khas dengan Tawaran Sehingga RM9,000

PROTON teruja untuk mengumumkan promosi yang sedang berlangsung, di mana anda boleh menikmati rebat sehingga sehingga RM9,000 untuk model-model terpilih.


Tawaran terhad ini memberi peluang kepada pelanggan untuk memiliki kenderaan Proton baru pada harga yang tidak dapat ditandingi, menjadikannya masa yang sesuai untuk menaik taraf atau membeli kenderaan.

Sebagai sebahagian daripada promosi ini, model-model berikut tersedia dengan tawaran rebat eksklusif:


  • PROTON S70: Rebat dengan Aerokit sehingga RM8,130

  • PROTON X50: Rebat sehingga RM9,000

  • PROTON X70: Rebat sehingga RM9,000

  • PROTON X90: Rebat sehingga RM7,000

  • Proton Saga: Rebat sehingga RM1,000

  • Proton Iriz & Persona: Rebat sehingga RM1,000


Promosi khas ini direka untuk menawarkan penjimatan yang signifikan kepada pelanggan dan membolehkan mereka merasai teknologi canggih, prestasi unggul, dan nilai yang tiada tandingan yang mejadi ciri khas kenderaan PROTON.


Pelanggan digalakkan untuk mengunjungi bilik pameran PROTON terdekat atau menghubungi pengedar sah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej rebat dan untuk mendapatkan manfaat tawaran menarik ini. Promosi ini sah untuk masa yang terhad sahaja.




Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page