top of page

Chery Corporate Malaysia Raikan Kecemerlangan Rangkaian Pengedarnya

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 5 hari lalu
  • 4 min membaca

Chery Corporate Malaysia Raikan Kecemerlangan Rangkaian Pengedarnya
(dari kiri ke kanan) – Lee Wen Hsiang, Naib Presiden Chery Malaysia; Billy Koh dari Chery Bandar Bukit Puchong (Lesydear Automobile); Kuek Ser Tong dari Chery Medini (Gagner Auto); Frank Zhang dan Billy Hee dari Chery Glenmarie (Joystar Auto) dan Men Lin Bo, Naib Presiden Eksekutif Chery Corporate Malaysia.

Chery Corporate Malaysia telah menganjurkan Gala Dinner sulungnya, bagi meraikan pencapaian pengedar serta ahli pasukan dari seluruh negara. Pada malam tersebut, sebanyak 32 anugerah merangkumi 15 kategori telah disampaikan bagi mengiktiraf kecemerlangan dalam bidang jualan, perkhidmatan dan pemasaran yang telah memperkukuh pengalaman jenama Chery di seluruh Malaysia sepanjang tahun 2025.


Naib Presiden Eksekutif Chery Corporate Malaysia, Men Lin Bo, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan pengedar yang memainkan peranan penting dalam pertumbuhan Chery di Malaysia.


Beliau menegaskan bahawa pencapaian rangkaian ini dibina atas komitmen sebenar pasukan di lapangan. “Keyakinan, dedikasi dan kepercayaan yang ditunjukkan oleh keseluruhan rangkaian pengedar merupakan pemacu utama pertumbuhan Chery,” katanya, sambil menambah bahawa rakan pengedar merupakan penghubung langsung jenama dengan para pelanggan, dan usaha harian mereka membentuk identiti serta kejayaan Chery.


Chery Medini Dinobatkan Sebagai Pengedar Terbaik Tahun 2025

Rakan pengedar dan tetamu kehormat yang menghadiri malam penuh gemilang ini, dengan kemuncak acara adalah pengumuman Pengedar Terbaik Tahun 2025, yang dianugerahkan kepada Chery Medini (Gagner Auto Sdn Bhd).


Cawangan yang terletak di Johor memperoleh status Emas, sekali gus membuktikan prestasi cemerlangnya sebagai pengedar serba boleh, selain turut merangkul anugerah Top Sales Outlet 2025.


Beberapa staf dari Chery Medini turut menerima pengiktirafan, termasuk empat orang staf yang dianugerahkan Top Sales Advisor. Selain itu, Lim Wei Jin juga dari cawangan tersebut menerima anugerah sebagai Pengurus Pusat Servis Terbaik 2025 (Service Centre Manager of the Year), sekali gus menjadikan Chery Medini antara pengedar paling cemerlang pada malam tersebut.


Gelaran Perak dan Gangsa untuk Pusat Pengedar Terbaik 2025 masing-masing dimenangi oleh Chery Glenmarie (Joystar Auto Sdn Bhd) dan Chery Bandar Bukit Puchong (Lesydear Automobile Sdn Bhd).


Chery Corporate Malaysia Raikan Kecemerlangan Rangkaian Pengedarnya
(kiri) Norfarlyana Ahmad Afandi dari Chery Glenmarie (Joystar Auto Sdn Bhd) menerima anugerah bersama pemenang-pemenang Top Service Advisor 2025 semasa majlis makan malam, turut serta bergambar (keempat dari kiri) Yap Chin Yeong, Timbalan Pengarah Aftersales, Chery Malaysia.)

Meraikan Individu yang Menjadi Pemacu Kejayaan Harian Chery

Di sebalik anugerah dan gelaran, majlis ini turut meraikan perjalanan peribadi individu-individu yang dedikasi dan perkembangan mereka mencerminkan komitmen Chery terhadap kecemerlangan di peringkat akar umbi.


Antara yang menerima pengiktirafan ialah Norfarlyana Ahmad Afandi dari Chery Glenmarie (Joystar Auto Sdn Bhd), yang dinobatkan sebagai salah seorang daripada lima penerima anugerah Penasihat Servis Terbaik 2025 (Top Service Advisor 2025). Perjalanannya dicirikan oleh ketabahan dan kebolehsuaian. Sebelum menyertai Chery, beliau berkhidmat dalam peranan pentadbiran, Norfarlyana kini berhadapan pelanggan walaupun tanpa pengalaman terdahulu.


Beliau berkongsi bahawa program latihan berstruktur Chery memainkan peranan penting dalam membantunya menyesuaikan diri dengan pantas. Interaksi bersama rakan-rakan dari pusat pengedar Chery yang lain semasa sesi latihan turut meluaskan pemahamannya terhadap keperluan pelanggan, pengetahuan produk dan jangkaan perkhidmatan.


“Apabila kita benar-benar memahami produk Chery, kita boleh menerangkannya dengan lebih yakin kepada pelanggan. Itulah cara saya belajar,” katanya, sambil menambah bahawa beliau bersyukur menerima anugerah tersebut kerana ia membuktikan usaha kerasnya membuahkan hasil.


Majlis ini turut mengiktiraf kecemerlangan kepimpinan apabila Christy Ching dari Chery Puchong (CNO Autohaus Sdn Bhd) dinobatkan sebagai Pengurus Jualan Terbaik 2025 (Top Sales Manager of the Year). Mengimbas perjalanan kerjayanya, Ching berkongsi secara terbuka pengalamannya dalam industri yang lazimnya didominasi lelaki.


“Bukan mudah untuk seorang wanita dalam kerjaya automotif ini, dan pada awal kerjaya saya, saya pernah dipinggirkan,” katanya.


Beliau menambah, “Apa yang benar-benar membuat perbezaan ialah berada dalam persekitaran yang menghargai kesaksamaan peluang. Saya bersyukur menjadi sebahagian daripada jenama Chery, di mana individu dinilai berdasarkan kebolehan dan usaha, serta wanita diberi ruang untuk berkembang dan menyumbang. Sokongan ini mendorong saya untuk terus memperbaiki diri, membina keyakinan untuk terus melangkah ke hadapan.”


Chery Corporate Malaysia Raikan Kecemerlangan Rangkaian Pengedarnya
(keenam dari kiri) Ivy Tan Shiuh Ling bersama penerima anugerah lain dan Lee Wen Hsiang, Naib Presiden Chery Malaysia.

Turut tersenarai sebagai penerima cemerlang, Ivy Tan Shiuh Ling merangkul gelaran Penasihat Jualan Terbaik 2025 - Pertama (Top Sales Advisor 2025 - Champion) dari Chery Perai (Carshen Motors Sdn Bhd) selepas mencatat prestasi luar biasa dengan jumlah pendaftaran tertinggi.


Tan mengaitkan kejayaannya dengan kerja keras serta komitmen untuk sentiasa hadir dan memberi sokongan terbaik kepada pelanggan. Beliau berkongsi bahawa persediaan rapi dan keutamaan terhadap pelanggan merupakan faktor utama pencapaiannya. Walaupun Chery terus memperkenalkan pelbagai model baharu, Tan berkata beliau menyahut perubahan tersebut sebagai cabaran yang mengujakan, sambil terus memperkukuh pengetahuan produknya.


Kecemerlangan di peringkat cawangan turut diraikan apabila Chery Setia Alam (Creater Auto Sdn Bhd) dinobatkan sebagai Top Body and Paint Outlet, manakala Chery Ipoh (Leading Fame Auto Sdn Bhd) menerima anugerah Top Service Centre, sebagai pengiktirafan terhadap komitmen konsisten mereka terhadap kualiti operasi dan perkhidmatan selepas jualan.


Award

Dealer

Best Ground Marketing Activation

Chery Sungai Petani (Indah Utara Enterprise Sdn Bhd)

Best Digital Marketing

Chery Kuching (HMBC Sdn Bhd)

Best Customer Engagement

Chery Bangi (WH Oneplus Auto Sdn Bhd)

Best Facilities and Compliance

Chery Glenmarie (Joystar Auto Sdn Bhd)

Best SSI Outlet

Chery Puchong (CNO Autohaus Sdn Bhd)

Best Insurance Take Up Rate

Chery Desa Jaya (Gagner Auto Sdn Bhd)

Top Service Centre

Chery Ipoh (Leading Fame Auto Sdn Bhd)

Top Body & Paint Outlet

Chery Setia Alam (Creater Auto Sdn Bhd)

Top Sales Outlet

Chery Medini (Gagner Auto Sdn Bhd)

Dealer of the Year 2025

Gold: Chery Medini (Gagner Auto Sdn Bhd)

Silver: Chery Glenmarie (Joystar Sdn Bhd)

Bronze: Chery Bandar Bukit Puchong (Lesydear Automobile Sdn Bhd)


Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page