top of page

CHERY Malaysia Sambut Raya Dengan Tawaran Istimewa!

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 6 Mac
  • 3 min membaca

CHERY Malaysia Sambut Raya Dengan Tawaran Istimewa

Chery Malaysia menyambut ketibaan Hari Raya dengan rangkaian promosi meriah, aktiviti menarik dan ganjaran istimewa yang dirangka untuk menceriakan perjalanan balik kampung rakyat Malaysia.


Raya ini, Chery menawarkan tawaran perayaan eksklusif dengan rebat tunai bermula daripada RM7,888 untuk TIGGO CROSS (HEV) manakala TIGGO 7 PHEV dan TIGGO 8 PHEV ditawarkan dengan penjimatan RM8,888.


CHERY Malaysia Sambut Raya Dengan Tawaran Istimewa

Kempen promosi yang berlangsung dari 1 hingga 31 Mac ini hadir tepat pada masanya untuk rakyat Malaysia yang merancang menaik taraf kenderaan, khususnya mereka yang akan melakukan perjalanan jauh sempena Hari Raya ini. Dengan rebat tunai terhad ini, memiliki kenderaan Chery Super Hybrid kini lebih mudah.


Barisan kenderaan PHEV Chery direka untuk menawarkan prestasi bertenaga, pecutan lancar serta kecekapan bahan api yang mengagumkan. Dengan bateri yang dicaj penuh dan satu tangki petrol yang diisi sepenuhnya, model PHEV Chery mampu mencapai jarak perjalanan sehingga 1,200 kilometer, membolehkan pemandu pulang ke kampung dengan lebih tenang tanpa perlu berhenti kerap untuk mengisi minyak atau mengecas bateri.


CHERY Malaysia Sambut Raya Dengan Tawaran Istimewa

MODEL KENDERAAN

REBAT RAYA

HARGA RUNCIT

TIGGO 7 PHEV

RM 8888 (dengan waranti bateri 10-tahun / 200,000km)

RM129,800 (SM)

TIGGO 8 PHEV

RM 8888 (dengan waranti bateri 10-tahun / 200,000km)

RM159,800 (SM)

TIGGO CROSS (HEV)

RM 7888

RM99,800 (SM)

TIGGO CROSS (Turbo)

RM 7888

RM88,800 (SM)

TIGGO 7 PRO

RM 13,888

RM123,800 (SM)

TIGGO 8 PRO

RM 18,888

RM159,800 (SM)

*Rebat hanya sah untuk kenderaan YOM2025.


Roadshow Hari Raya di LaLaport BBCC

Sempena musim perayaan, Chery Malaysia akan menganjurkan Roadshow Hari Raya di LaLaport Bukit Bintang City Centre. Pengunjung pusat membeli-belah itu berpeluang merasai sendiri kehebatan TIGGO 7 PHEV dan TIGGO CROSS HEV melalui sesi pandu uji khas di kawasan pusat beli-belah tersebut.


CHERY Malaysia Sambut Raya Dengan Tawaran Istimewa

Kanak-kanak dapat menyertai pertandingan mewarna pada 14 Mac, sementara ibu bapa boleh menikmati pelbagai permainan interaktif dengan peluang memenangi barangan eksklusif Chery seperti Beg Tote Mini, Topi Baseball Chery, Set Sampul Raya, dan Pin Enamel Edisi Terhad.


Pelanggan yang membuat tempahan mana-mana kenderaan Chery antara 7 Mac hingga 5 April 2026 di roadshow tersebut akan menerima hadiah eksklusif serta baucar membeli-belah LaLaport bernilai RM150 sebagai ganjaran tambahan.


Peraduan Hari Raya ‘Fit-check’ di Bilik Pameran Chery

Untuk menambah kemeriahan di Hari Raya, Chery Malaysia turut memperkenalkan Cabaran Raya PHEV Fit-Check di pusat pameran Chery di seluruh negara.


Dari 9 hingga 31 Mac, orang ramai digalakkan untuk mengunjungi mana-mana pusat pameran Chery dengan mengenakan baju Raya mereka dan memandu uji mana-mana model PHEV.


CHERY Malaysia Sambut Raya Dengan Tawaran Istimewa

Peserta juga perlu memuat naik gambar mereka bersama kenderaan PHEV tersebut ke akaun media sosial untuk melayakkan diri menyertai peraduan.


Peraduan sepanjang bulan ini menawarkan lima kategori dan pelbagai hadiah menarik termasuk telefon pintar. Inisiatif ini bertujuan membawakan kemeriahan perayaan ke bilik pameran Chery, sambil memberi peluang kepada rakyat Malaysia merasai inovasi elektrifikasi terkini jenama tersebut.


Sepanjang kempen Hari-Hari, Hari Raya bersama Chery, Chery Malaysia berharap untuk menghadirkan pengalaman bermakna di jalan raya dan juga di luar, daripada keselesaan perjalanan jauh dan kecekapan bahan api hinggalah kepada aktiviti komuniti serta hiburan perayaan.


“Raya tahun ini, Chery membawakan kemeriahan ke bilik pameran kami serta ke lokasi komuniti dengan aktiviti Raya yang direka untuk menjadikan setiap perjalanan lebih lancar. Inilah masa terbaik untuk rakyat Malaysia merasai teknologi PHEV kami, khususnya mereka yang melakukan perjalanan jauh untuk berjumpa keluarga tersayang tanpa risau tentang jarak perjalanan.


“Kami sendiri telah memandu dari Kuala Lumpur ke Terengganu dengan satu tangki minyak sepanjang perjalanan. Kami yakin pengguna Chery PHEV juga akan dapat merasai keselesaan, keyakinan serta jarak perjalanan yang luar biasa apabila berada di belakang stereng.” kata Lee Wen Hsiang, Naib Presiden Chery Malaysia.



Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page