top of page

Jelajah MISI 5 ke Seluruh Malaysia Bersama Proton e.MAS 5, Model Terbaharu yang Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 5 Ogo
  • 4 min membaca

Updated: 7 Ogo


Jelajah MISI 5 ke Seluruh Malaysia Bersama Proton e.MAS 5

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat PROTON, hari ini secara rasmi melancarkan Jelajah MISI 5, pengembaraan ke seluruh negara untuk memperkenalkan model kedua Proton e.MAS. Model e.MAS 5, sebuah kenderaan EV mampu milik bakal menjelajah lima wilayah di seluruh negara dari Ogos hingga Oktober 2025.


 Menerusi pratonton eksklusif di lokasi-lokasi tumpuan pelancongan serta di bilik pameran Proton e.MAS di 13 negeri, Jelajah MISI 5 bertujuan untuk membawa pengalaman EV kepada rakyat Malaysia. Orang ramai berpeluang melihat dan merasai sendiri kecanggihan e.MAS 5 lebih awal sebelum pelancarannya yang dijadualkan pada hujung tahun ini.


“e.MAS 7 merupakan EV paling laris di Malaysia setakat ini, dan kami percaya cara paling berkesan untuk membina keyakinan terhadap e.MAS 5 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi adalah dengan memberi peluang kepada orang ramai merasainya sendiri. Melalui Jelajah MISI 5, rakyat Malaysia bukan saja dapat melihat e.MAS 5 dari dekat, tetapi juga boleh mengenali kereta ini bersama pakar produk kami dan juga berpeluang bertemu dengan pempengaruh kegemaran mereka,” ujar Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET.

 

Beliau menambah, “Proton e.MAS 5 direka khas untuk memenuhi keperluan golongan muda yang tinggal di bandar, berkeluarga, dan kepada mereka yang ingin beralih kepada kenderaan EV. Menerusi Jelajah MISI 5, kami dapat mendekati golongan ini dengan lebih dekat ke setiap wilayah.


Jelajah MISI 5 ke Seluruh Malaysia Bersama Proton e.MAS 5

Jelajah Seluruh Negara Menyemarakkan Keterujaan Sebelum Pelancaran Rasmi

Dengan tumpuan di lokasi pelancongan dan hentian di bilik pameran Proton e.MAS, Jelajah MISI 5 membawakan pengalaman EV terus kepada rakyat Malaysia. Ia memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat e.MAS 5 lebih awal sebelum pelancarannya.

 

Menjelajah ke Lembah Klang, Utara, Selatan, Pantai Timur serta Sabah dan Sarawak, orang ramai berpeluang mengenali e.MAS 5 dengan lebih dekat menerusi sesi penerangan, melihat sendiri kenderaan canggih ini, serta menyertai aktiviti interaktif yang menarik. Aktiviti ini diadakan untuk mempamerkan reka bentuk moden, ruang simpanan yang luas dan teknologi pintar e.MAS 5.

 

Bukan hanya sekadar pratonton, Jelajah MISI 5 menunjukkan bagaimana e.MAS 5 disesuaikan dengan gaya hidup rakyat Malaysia. Dari generasi belia yang menetap di bandar sibuk dengan kerja, kelas dan aktiviti sosial sehinggalah mempunyai keluarga yang sentiasa menguruskan rutin harian dengan menghantar anak ke sekolah, membeli keperluan dan merancang percutian hujung minggu, e.MAS 5 direka untuk melengkapi segalanya.


Dengan ciri pintar seperti kawalan pra-penyejukan dan merancang untuk mengecas kereta, e.MAS 5 direka untuk memudahkan kehidupan harian. Bahagian ruang dalamannya yang luas dan praktikal, cukup fleksibel untuk menyimpan beg gym, barang dapur atau kelengkapan keluarga. Pemanduannya juga meyakinkan dengan sokongan teknologi keselamatan terkini seperti pengecasan pantas 80% pada masa yang singkat, memuatkan stroller dan barang-barang tanpa masalah serta memandu dalam keadaan yang tenang di tengah kesibukan kota raya, e.MAS 5 dapat membantu keperluan harian anda.

Jelajah MISI 5 ke Seluruh Malaysia Bersama Proton e.MAS 5

Pengembaraan yang Bersama Rakyat, Menyusuri Detik Kehidupan Seharian

Mengetengahkan pengalaman sebenar, Jelajah MISI 5 akan merentasi lima wilayah, dengan setiap lokasi menampilkan oleh persona gaya hidup serta pempengaruh popular yang akan menyahut cabaran jelajah ini. Daripada bidang fesyen dan budaya, sehinggalah ke bidang makanan, seni dan aktiviti lasak.

 

Jelajah di Lembah Klang, pereka fesyen dan personaliti TV, Karl Shafek (Fashionista), akan mengubah e.MAS 5 menjadi studio solekan bergerak sempena KL Fashion Week. Di bahagian Selatan pula, Johan Eskandar (Pencinta Budaya) akan meneroka tapak warisan dan hentian mesra haiwan peliharaan dengan kecomelan kucing kesayangannya. Di bahagian Utara, Soyabelacan (Penggemar Makanan) akan memasak dan menghidang juadah istimewa terus dari ruang simpanan hadapan kereta e.MAS 5. Di bahagian Pantai Timur, pelukis mural Zameer Paintbrush (Pengembara Kreatif) akan menjadikan e.MAS 5 sebagai kanvas bergerak untuk menghasilkan karya seni secara langsung. Akhir sekali di Sabah dan Sarawak, content creator yang energetik, Ain Ramli (Pemburu Cabaran), akan menguji had melalui siaran langsung bertemakan genre seram yang bakal mencatat rekod, dengan sokongan teknologi canggih e.MAS 5.


Jelajah MISI 5 akan berlangsung dari Ogos hingga Oktober 2025, di mana e.MAS 5 akan singgah di bandar-bandar utama merentasi setiap wilayah. Berikut adalah tarikh dan lokasi yang telah dijadualkan:

Wilayah

Negeri

Tarikh

Lembah Klang

Selangor, Kuala Lumpur

8–10 Ogos & 15–17 Ogos

Utara

Penang, Perak, Kedah

21–25 Ogos

Pantai Timur

Pahang, Terengganu, Kelantan

4–8 September

Selatan

Johor

Negeri Sembilan, Melaka

13–15 September

20–21 September

Sabah Sarawak

Sarawak

Sabah

25–28 September

3–5 Oktober

Jelajah MISI 5 Bermula di Lembah Klang dari 9 hingga 17 Ogos

Dengan permulaan jelajah di kawasan Lembah Klang, Proton e.MAS 5 akan membuat penampilannya di beberapa lokasi ikonik pada 15 Ogos, termasuk Batu Caves, Masjid Putra, Pasar Seni, KLCC dan Jambatan Saloma.


Dari 9 hingga 17 Ogos, jelajah di kawasan Lembah Klang turut menampilkan hentian pratonton eksklusif di bilik pameran Proton e.MAS terpilih, memberikan peluang kepada pengunjung untuk melihat dengan lebih dekat Proton e.MAS 5 dalam suasana bilik pameran selesa:


  • 9 Ogos: SG Car (Shah Alam), Wheelcorp (Setia Alam), EON (Glenmarie) dan AJG (Puchong)

  • 10 Ogos: AJG (Sri Kembangan), Jawira (Balakong), ProAuto (Kajang) dan Jewel Sonic (Putrajaya)

  • 16 Ogos: Able Mobility (Cheras), MBF EV (Jalan Tun Razak), Cahaya (Segambut) dan Igreen (Setapak)

  • 17 Ogos: Pantai Bharu (Rawang), EON (Damansara), Regal Motor (Petaling Jaya) dan Peringgit (Jalan Klang Lama)


Ikuti perkembangan Jelajah MISI 5 melalui saluran rasmi media sosial Proton e.MAS untuk maklumat terkini, lokasi acara, di sebalik tabir serta momen menarik bersama pempengaruh kegemaran anda sepanjang perjalanan merentasi Malaysia. Sertai pengembaraan ini bersama kami ke arah masa depan mobiliti.

 

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

M 160x600.jpg

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page