JETOUR Memberi Kembali Kepada Rakyat Malaysia Dengan Ganjaran Petrol Rm1 Juta Serta Faedah Eksklusif Sepanjang September Ini!
- Anna Chong

- 19 Sep
- 3 min membaca

Bersempena sambutan Hari Malaysia yang meraikan semangat perpaduan negara, JETOUR Malaysia (JETOUR) menzahirkan penghargaan mereka kepada pelanggan di Malaysia dengan ganjaran petrol melebihi RM1 juta pada bulan September ini. Inisiatif ini menawarkan kad petrol bernilai RM2,000 bersama insurans komprehensif percuma selama setahun kepada 916 pelanggan pertama. Sebagai pengiktirafan terhadap khidmat bakti mereka kepada negara, JETOUR Malaysia turut melancarkan Program Eksklusif Pride of the Nation khas untuk penjawat awam Malaysia, dengan menawarkan rebat tambahan sebanyak tiga peratus* di samping promosi bulanan sedia ada. Ganjaran bermakna ini mencerminkan komitmen JETOUR untuk memberikan manfaat praktikal yang benar-benar meningkatkan kehidupan harian keluarga Malaysia, di samping menghargai jasa mereka yang berkhidmat kepada masyarakat sempena meraikan bulan istimewa yang meraikan perpaduan dan kebersamaan.
Pendekatan berfokuskan komuniti ini akan menjadi tumpuan hujung minggu ini di KLCC pada Sabtu, 20 September, di mana JETOUR tampil sebagai Penaja Utama dan Rakan Kereta Rasmi bagi acara Malaysia Sarong Music Run 2025. Para peserta acara dan pengunjung dijemput untuk meneroka pameran JETOUR, berbincang dengan pakar produk mengenai ganjaran bulan September, serta menjadualkan sesi pandu uji dan mendapatkan khidmat bantuan bagi urusan penebusan.
“Kami amat berterima kasih atas sambutan positif yang begitu menggalakkan sejak bermulanya perjalanan kami di Malaysia. Matlamat kami adalah untuk memberikan sesuatu yang benar-benar bermakna kepada keluarga Malaysia – penjimatan yang membawa impak dalam kehidupan harian mereka, sambil menghargai komuniti yang telah menerima kami sejak awal lagi,” kata Encik Fu Yong, Ketua Pegawai Eksekutif JETOUR Malaysia.

Inisiatif bermakna ini menandakan satu pencapaian penting berikutan kejayaan penampilan sulung JETOUR di Malaysia. Dengan sokongan pelanggan tempatan yang begitu menggalakkan, jenama ini berjaya mengekalkan momentum kukuh sejak menembusi pasaran tempatan, termasuk menubuhkan operasi pemasangan tempatan di Johor Bahru bersama rakan kongsi B-Assembly, anak syarikat milik penuh Berjaya Assets Berhad, serta mencapai lebih 2,000 tempahan dengan lebih 1,000 penghantaran dalam tempoh tiga bulan.
Bagi mereka yang lebih gemar berkunjung ke pusat jualan terdekat, JETOUR mengekalkan kehadiran yang luas di seluruh Lembah Klang serta kawasan terpilih di Utara dan Selatan hingga pertengahan September, di mana pengedar yang mengambil bahagian akan meneruskan program jangkauan komuniti mereka minggu ini. Strateginya tetap jelas: mengekalkan akses mudah dan pengalaman yang selesa agar lebih ramai rakyat Malaysia dapat berkunjung pada waktu yang sesuai bagi mereka, sambil menikmati tawaran eksklusif sepanjang bulan ini.
Di lokasi yang terpilih, pelanggan boleh menjangkakan sesi penerangan kenderaan dengan bimbingan pakar, pandu uji di lokasi yang membenarkannya, serta membuat tempahan segera. Beberapa lokasi terpilih turut menawarkan pakej promosi eksklusif, dengan kakitangan mesra dan berpengetahuan yang sentiasa bersedia menjawab pertanyaan serta memudahkan urusan seterusnya.
Setiap inovasi JETOUR digerakkan oleh hasrat untuk membina perjalanan yang bermakna dan kenangan terindah, dengan ciri ketersambungan yang mengekalkan dan mengeratkan hubungan keluarga sepanjang perjalanan dan sistem keselamatan pintar yang memberikan ketenangan dan keyakinan di laluan baharu. Teknologi ini melengkapkan kehidupan seharian, sementara program ganjaran semasa memudahkan pengguna memulakan perjalanan automotif mereka.
“Setiap JETOUR dicipta bukan sekadar sebagai alat pengangkutan – ia adalah teman setia dalam setiap pengembaraan yang mencorakkan kehidupan keluarga Malaysia. Sama ada percutian hujung minggu secara spontan ke Cameron Highlands atau rutin harian menghantar anak ke sekolah yang menjadi kenangan bermakna, kami mahu setiap kilometer bersama JETOUR membuktikan nilainya,” ujar Encik Fu.




















Komen