top of page

Kecemerlangan Pengedar Perlihatkan Komitmen JAECOO di Pasaran Malaysia

  • Writer: Panduman
    Panduman
  • 13 Jan
  • 3 min membaca
Naib Presiden JAECOO Malaysia, Emily Lek
Di Majlis Anugerah Pengedar JAECOO yang pertama, Naib Presiden, Emily Lek, berkata, “Kami menghargai kepercayaan pelanggan terhadap jenama JAECOO dan kami akan terus komited untuk memenuhi janji jenama kami.”
JAECOO Catat Pendaftaran 7,041 Kenderaan J7 Dalam Tempoh Lima Bulan Pertama Operasi

Tahun 2024 merupakan satu lagi tahun luar biasa bagi industri automotif Malaysia dengan kemasukan jenama-jenama baharu dan pelancaran pelbagai model baharu, sehingga mendorong Persatuan Automotif Malaysia (MAA) untuk meningkatkan unjuran jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) 2024 kepada 800,000 kenderaan baharu.


Tahun lepas juga merupakan tahun yang cemerlang bagi JAECOO selaku jenama pencabar dalam pasaran SUV premium. Pelaburan dalam rangkaian pengedar yang luas serta aset gudang alat ganti dan kemudahan pengeluaran secara tergabung membuahkan hasil yang terbukti dengan pendaftaran 7,041 buah SUV JAECOO J7 dalam tempoh lima bulan pertama penjualan kenderaan tersebut di pasaran Malaysia.


Bagi menghargai pencapaian rangkaian pengedarnya, JAECOO telah mengiktiraf 12 pengedar cemerlang di majlis anugerah pengedar pertamanya. Naib Presiden JAECOO Malaysia, Emily Lek, berkata, "Kami menghargai kepercayaan yang dipamerkan oleh pelanggan kami terhadap jenama JAECOO dan kami terus bertekad untuk menunaikan janji jenama kami dengan membawakan kenderaan yang terbaik dalam kelasnya dan pengalaman pemilikan premium.

Penerima anugerah yang diiktiraf terdiri daripada 12 pengedar sah JAECOO berprestasi tinggi dari seluruh Lembah Klang, wilayah utara dan selatan.
Penerima anugerah yang diiktiraf terdiri daripada 12 pengedar sah JAECOO berprestasi tinggi dari seluruh Lembah Klang, wilayah utara dan selatan.

Anugerah ini sesungguhnya mengiktiraf rangkaian pengedar kami yang memainkan peranan penting dalam pencapaian keseluruhan jenama JAECOO. Kami akan terus meluaskan rangkaian pengedar kami, selaras dengan cita-cita kami untuk memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan."


Penerima anugerah yang diiktiraf di majlis anugerah tersebut terdiri daripada para pengedar dari Lembah Klang, serta wilayah utara dan selatan. Daripada golongan ini, pengedar di wilayah selatan muncul sebagai penyumbang terbesar yang mencatatkan jumlah jualan tertinggi dalam negara. Dalam usaha mengenal pasti peluang pertumbuhan selanjutnya, JAECOO akan meluaskan kaedah penilaiannya untuk mengambil kira skor Indeks Perkhidmatan Pelanggan (CSI) Terbaik dan Indeks Kepuasan Jualan (SSI) antara lain pada tahun yang mendatang.


 Auto Galaksi Sdn Bhd, yang merupakan pengedar JAECOO yang berpangkalan di Johor, membawa pulang piala hasil daripada pencapaian jualan tertinggi dalam rangkaian. "Kami amat berbesar hati untuk menjadi penerima sulung anugerah 'Pengedar Terbaik' JAECOO. Pencapaian ini mencerminkan kepercayaan dan sokongan tidak berbelah bahagi daripada pelanggan dan rakan niaga kami yang dihargai. Kami berterima kasih kepada Pengurusan JAECOO atas kepimpinan dan wawasan mereka yang luar biasa, yang telah memainkan peranan penting dalam merintis jalan kejayaan. Setiap ahli tenaga kerja di Auto Galaksi memainkan peranan penting dalam pencapaian ini, dan kami tetap teguh dalam komitmen kami untuk menetapkan penanda aras baharu dari segi kecemerlangan perkhidmatan pelanggan," kata Pengarah Urusan Auto Galaksi Sdn Bhd, Dato' Desmond Tien.

Pengedar JAECOO yang berpangkalan di Johor, Auto Galaksi Sdn Bhd, membawa pulang trofi atas sumbangan jualan tertinggi dalam rangkaian tersebut. (Dari kiri) Pengarah Urusan Auto Galaksi Sdn Bhd, Dato’ Desmond Tien, menerima anugerah daripada Naib Presiden JAECOO Malaysia, Emily Lek.
Pengedar JAECOO yang berpangkalan di Johor, Auto Galaksi Sdn Bhd, membawa pulang trofi atas sumbangan jualan tertinggi dalam rangkaian tersebut. (Dari kiri) Pengarah Urusan Auto Galaksi Sdn Bhd, Dato’ Desmond Tien, menerima anugerah daripada Naib Presiden JAECOO Malaysia, Emily Lek.

 Turut diiktiraf di majlis anugerah pengedar yang julung kali diadakan itu termasuk Gagner Auto Sdn Bhd, ES Premium Holdings Sdn Bhd, Luxury Legend Sdn Bhd, Siang Hin (K.L) Sdn Bhd, Apple Autotech Sdn Bhd, Kluster Automobile Sdn Bhd, Carshen Sdn Bhd, AAW Nexus Sdn Bhd, BH Premium Auto (M) Sdn Bhd, Indah Utara Enterprise Sdn Bhd dan Tropical Impact Auto Sdn Bhd.

 

Berikutan kejayaan model J7 dan C9 pada 2024, JAECOO Malaysia berhasrat untuk memperkenalkan lebih banyak model baru di 2025 sejajar dengan misinya untuk menyediakan rangkaian kenderaan mewah yang mampu dimiliki dalam pasaran automotif, bermula dengan JAECOO J7 PHEV pada Februari 2025. JAECOO akan membuat persiapan untuk pelancaran dengan acara pemanduan jarak jauh bulan ini yang akan memaparkan keupayaan JAECOO J7 PHEV merentasi tiga negara, iaitu Singapura, Malaysia dan Thailand, dengan satu tangki minyak penuh dan sekali cas.


Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page