top of page

Kia Sales Malaysia Rasmi Melantik Cycle & Carriage Sebagai Kumpulan Pengedar Baharu

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 4 hari lalu
  • 2 min membaca

Kia Sales Malaysia
Kia Sales Malaysia mengalu-alukan Cycle & Carriage sebagai rakan kongsi pengedar sah terbarunya, menandakan satu lagi peristiwa penting dalam pengembangan rangkaian dan pertumbuhan jangka panjang Kia di Malaysia. (Dari kiri) Kia Sales Malaysia, Pengarah Urusan, Emily Lek; Kia Sales Malaysia, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Hyung Ho Kim; Cycle & Carriage Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif, Adrian Short; Cycle & Carriage Malaysia, Ketua Pegawai Kewangan, James Zhang

Kia Sales Malaysia Sdn. Bhd. (KSM) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Cycle & Carriage (C&C) sebagai rakan pengedar sah baharu, sekali gus menandakan satu pencapaian penting dalam strategi pertumbuhan jangka panjang dan peluasan rangkaian Kia di Malaysia.


Berucap pada majlis menandatangani perjanjian tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Kia Sales Malaysia, Hyung Ho Kim berkata, “Pelantikan Cycle & Carriage, sebuah jenama automotif terkemuka di Malaysia dengan legasi menjangkau lebih 125 tahun, mencerminkan komitmen Kia untuk memperkukuh rangkaian jualan kami. Usaha ini juga bertujuan meningkatkan pengalaman pelanggan di seluruh negara, sekali gus meletakkan jenama Kia pada kedudukan yang lebih kompetitif dalam landskap automotif Malaysia yang dinamik.”


Kia Sales Malaysia
Pelantikan Cycle & Carriage mencerminkan komitmen Kia untuk memperkukuh jejak runcitnya dan meningkatkan pengalaman pelanggan di seluruh Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Cycle & Carriage Malaysia, Adrian Short menambah, “Sebagai salah satu pengeluar kereta terbesar di dunia, Kia merupakan penambahan yang kukuh kepada portfolio kami. Kami berbangga untuk mengalu-alukan jenama ini dan berharap dapat memanfaatkan kepakaran automotif serta kecemerlangan perkhidmatan pelanggan Cycle & Carriage untuk memperluas capaian pasaran Kia, di samping memberikan pengalaman pemilikan yang luar biasa kepada pelanggan di Malaysia.” 


Kerjasama antara Kia Sales Malaysia dan Cycle & Carriage ini menyatukan dua kuasa utama dalam  industri automotif tempatan. Ia menawarkan akses jualan yang lebih meluas kepada pelanggan Kia, sokongan selepas jualan yang dipertingkatkan serta pengalaman pemilikan yang lebih premium selaras dengan standard global terkini Kia.

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page