PRO-NET Menetapkan Tanda Aras dengan “Live” Jelajah Proton e.MAS 7 Prime dan melengkapkan perjalanan sejauh 352km.
- Panduman

- 12 Mac
- 1 min membaca

Proton New Energy Technology (PRO-NET), anak syarikat pengeluar kereta nasional PROTON, mencatatkan pencapaian baharu dalam landskap kenderaan elektrik (EV) Malaysia melalui “Live” jelajah EV sulungnya. Proton e.MAS 7 Prime membuktikan keupayaan jarak jauh yang mengagumkan dengan melengkapkan perjalanan sejauh 352km dari Shah Alam ke Melaka dan Port Dickson (pergi dan balik) dengan hanya satu cas. Ujian ini adalah untuk mengesahkan ketepatan julat WLTP 345km e.MAS 7 Prime sambil menyerlahkan praktikalitinya dalam ekosistem EV Malaysia yang semakin berkembang.
Jelajah ini bermula dari Proton Centre of Excellence (COE) dan singgah seketika di hentian R&R Seremban sebelum meneruskan perjalanan menghala ke pengedar Proton e.MAS di Melaka dan kembali melalui jalanraya yang sama. Ujian ini meliputi perjalanan di lebuh raya, lalu lintas bandar, dan pelbagai keadaan pemanduan dimana ia bertujuan untuk merasai pengalaman memandu kenderaan elektrik yang sebenar. Pada akhir perjalanan, Proton e.MAS 7 mencatatkan jumlah jarak sejauh 352km dengan berbakikan jarak 43km, menjadikan jumlah keseluruhannya 395km, lebih jauh dari julat rasmi WLTP. Sepanjang perjalanan, PRO-NET turut menyediakan maklumat prestasi kenderaan, mengukuhkan keyakinan terhadap kecekapan bateri, pengurusan tenaga, dan keupayaan jarak jauh kenderaan ini.
Perjalanan EV Secara Langsung Mempamerkan Ketelusan dan Keyakinan dalam Pemanduan Jarak Jauh
Dalam satu pencapaian bagi jenama automotif Malaysia, PRO-NET menyiarkan keseluruhan perjalanan secara langsung, memberikan penonton pandangan bagaimana Proton e.MAS 7 Prime beraksi. Penonton mendapatkan maklumat secara langsung apabila Pn. Salawati Mohd Yusoff, Ketua Pegawai Penjenamaan PRO NET, bersama pakar produk dari PRO-NET dan pempengaruh dalam mobiliti EV membincangkan aspek penting bagi pemilikan EV, termasuk jarak pemanduan, infrastruktur pengecasan, pengurusan bateri, dan teknologi EV terkini.
“Perjalanan ini menunjukkan bahawa kenderaan elektrik sesuai untuk pelbagai gaya hidup. Sama ada untuk pergi bekerja, menguruskan urusan harian sebagai ibu bapa yang sibuk, menjalankan perniagaan kecil, atau melakukan pengembaraan yang jauh. Ramai orang bimbang akan jarak pemanduan kenderaan elektrik, tetapi ujian ini membuktikan bahawa Proton e.MAS 7 sebenarnya boleh pergi lebih jauh, memberikan keyakinan seperti memandu kereta biasa. Kami sangat gembira melihat lebih ramai rakyat Malaysia sedang beralih kepada kenderaan elektrik. Kami akan memastikan peralihan ini diberi kemudahan yang lancar untuk semua orang,” kata Pn Salawati.
Jelajah ini bukan sahaja membuktikan kecekapan sebenar Proton e.MAS 7 Prime, tetapi juga menonjolkan permintaan pasaran yang kukuh terhadap kenderaan EV Proton. Setakat ini, lebih daripada 1,000 unit e.MAS 7 telah dihantar, menandakan pencapaian penting bagi jenama ini.
Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, menyatakan bahawa “live” ini menunjukkan komitmen PRO NET dalam menyediakan mobiliti Lestari. Model Proton e.MAS 7 direka untuk memberikan kemudahan sebenar kepada pemilik dan mampu bergerak jauh tanpa sebarang masalah dalam memastikan pengalaman memandu yang lancar untuk pemandu di Malaysia. Inisiatif ini telah menetapkan standard baru dalam keyakinan terhadap jarak perjalanan dan pengalaman memiliki kenderaan dengan harapan lebih ramai rakyat Malaysia akan beralih kepada kereta elektrik dengan penuh keyakinan.

Direka untuk Keselesaan dan Kemudahan Perjalanan Jauh
Proton e.MAS 7 Prime direka untuk perjalanan jarak jauh yang lancar sambil mengekalkan praktikaliti dalam kegunaan harian. Sistem pengurusan tenaganya mengoptimumkan kecekapan pemanduan, manakala sistem kawalan kelajuan kenderaan meningkatkan keselesaan di lebuh raya. Di bahagian ruang dalaman, sistem infotainmen memastikan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan.
Dibangunkan dengan mengambil kira keadaan jalan dan gaya pemanduan di Malaysia, e.MAS 7 Prime menawarkan kebolehpercayaan dan kemudahan kepada pemandu, menjadikan peralihan ke kenderaan elektrik lebih mudah dan lancar.

Raya Ikonik: “Balik Kampung” Lebih Hijau dengan Proton e.MAS 7
Dengan peningkatan pemilihan mobiliti elektrik di kalangan rakyat Malaysia, Proton e.MAS ingin menyediakan pengalaman yang lancar dalam memiliki EV di musim perayaan ini.
Melalui promosi Istimewa Raya, anda berpeluang membawa Proton e.MAS 7 Prime tepat pada masanya untuk perjalanan balik kampung sambil menikmati perjalanan yang lancar dan cekap tanpa perlu risau.
Jangan lupa datang ke sambutan Raya Ikonik di bilik pameran Proton e.MAS pada 15 dan 16 Mac dan nikmati tawaran eksklusif, pelbagai aktiviti menarik, dan melihat masa depan mobiliti elektrik dengan lebih dekat!






















Komen