top of page

Proton e.MAS Kekal Sebagai Jenama EV No.1 Malaysia dan e.MAS 5 Catat Rekod Lebih 5,000 Penghantaran

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 5 Mac
  • 2 min membaca

Proton e.MAS 5

PRO-NET, anak syarikat milik penuh PROTON, mengumumkan bahawa pada Februari 2026, Proton e.MAS catat jumlah jualan sebanyak 1,928 unit, menjadikan jumlah setakat ini (YTD) sebanyak 5,219 unit termasuk jualan eksport. Daripada jumlah ini, e.MAS 5 menyumbang  sebanyak 1,562 unit pada bulan Februari, menekankan permintaan yang tinggi daripada pengguna di seluruh Malaysia.

 

Lebih 5,000 Rakyat Malaysia Telah Menjadikan e.MAS 5 Sebagai EV Harian Mereka

Sehingga kini, penghantaran e.MAS 5 telah melepasi tanda aras 5,000 unit dalam tempoh hanya dua bulan selepas pelancarannya, satu pencapaian yang tiada tandingan bagi mana-mana jenama EV di Malaysia dalam tempoh yang sama. Model ini terus kekal sebagai model EV No.1 di Malaysia untuk bulan Februari, serta berada di tangga ke-5 dalam keseluruhan model, bersaing bersama kenderaan enjin petrol (ICE) yang sudah lama berada di pasaran.

 

Mengulas berkenaan pencapaian ini, Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, berkata, “Melepasi 5,000 penghantaran dalam hanya dua bulan dan mencatat lebih 3,500 tempahan untuk e.MAS 7 PHEV dalam tempoh sebulan setengah jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia semakin menerima mobiliti elektrik dengan lebih pantas. Keputusan ini mengesahkan strategi kami untuk menawarkan penyelesaian elektrifikasi yang praktikal dan berbaloi, disesuaikan khusus untuk pasaran tempatan.”

 

Beliau menambah, “Kami berasa rendah diri dengan sambutan yang menggalakkan ini, namun kami juga yakin bahawa fokus kami untuk membina ekosistem EV yang lengkap, daripada inovasi produk hingga sokongan pemilikan, adalah apa yang membezakan jenama e.MAS. Matlamat kami ialah menjadikan mobiliti elektrik lebih mudah diakses, memberi keyakinan dan relevan untuk keluarga Malaysia dalam kehidupan seharian.”


Proton e.MAS

Direka untuk Malaysia, Teman Setia Kehidupan Harian

Prestasi kukuh jenama e.MAS mencerminkan keyakinan pengguna yang semakin bertambah, bukan sahaja terhadap kenderaan itu sendiri, tetapi juga terhadap ekosistem yang menyokong keseluruhan pengalaman pemilikan. Daripada kemudahan pengecasan hingga sokongan selepas jualan yang menyeluruh serta integrasi digital, pelanggan semakin tertarik kepada pengalaman memiliki EV yang lancar dan meyakinkan.

 

e.MAS 5, yang direka dengan pengguna Malaysia dalam fikiran, menawarkan gabungan menarik antara rekaan tersendiri, nilai dan kepraktisan. Sebagai kenderaan tambahan yang sesuai untuk setiap isi rumah, ia membolehkan pelanggan mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api sambil menikmati kos penggunaan yang lebih rendah dan keselesaan untuk kegunaan harian.


Melangkah ke Dunia Mobiliti Hibrid

Sementara itu, e.MAS 7 PHEV yang baru sahaja diperkenalkan telah mencatat lebih 3,500 tempahan dalam tempoh sebulan setengah, menunjukkan penerimaan pasaran yang sangat positif. Sebagai peningkatan praktikal berbanding kenderaan enjin petrol (ICE) konvensional, model ini menawarkan ciri keselamatan canggih dan teknologi hibrid pintar EM-i dalam julat harga yang kompetitif, memberikan pelanggan pengalaman beralih ke mobiliti elektrik sambil mengekalkan keselesaan dan fleksibiliti enjin tradisional.

 

Sehingga kini, e.MAS 7 PHEV tergolong antara model plug-in hibrid yang paling mampu milik di Malaysia, dengan harga atas jalan (tidak termasuk insurans) bermula dari RM105,800 untuk varian Prime, RM119,800 untuk varian Premium, dan RM125,800 untuk varian Premium Plus, termasuk rebat pelancaran sebanyak RM4,000 bagi 5,000 pelanggan terawal.

 

Walaupun teruja dengan permulaan yang memberangsangkan bagi 2026, Proton e.MAS terus menumpukan usaha untuk mengekalkan momentum dan menyokong perjalanan elektrifikasi yang lebih luas di Malaysia.

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page