top of page

Proton e.MAS 5 Diperkenal: PRO-NET Dedah EV Baharu di Malaysia Autoshow 2025

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 40 minutes ago
  • 3 min read
Proton EV
Kempen "Electrify Your Life" Dilancarkan untuk Mempercepatkan Penerimaan EV di Seluruh Negara

PRO-NET, anak syarikat milik penuh PROTON, mencuri tumpuan di pameran automotif terbesar negara, Malaysia Autoshow 2025 yang berlangsung dari 9 hingga 15 Mei di MAEPS Serdang. PRO-NET akan mempamerkan kenderaan elektrik (EV) dengan barisan model yang mengagumkan bersama PROTON, sekali gus menampilkan jenama automotif nasional sebagai lebih inovatif, lestari, dan berpandangan jauh berbanding sebelum ini.

 

Model terbaharu dalam barisan e.MAS menjadi tarikan utama di ruang pameran Proton e.MAS. Dibalut dengan rekaan pelekat pembalut kereta yang unik, kenderaan ini menarik perhatian ramai pengunjung yang ingin melihat lebih dekat perkembangan terkini dalam usaha menuju elektrifikasi daripada PRO-NET.


Proton e.MAS 5

Proton Perkenalkan e.MAS 5 sebagai Langkah Dinamik Generasi Muda dalam Perjalanan EV Malaysia

Dalam sebuah pameran khas bersama media, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, secara rasmi mengumumkan nama model EV terbaharu, Proton e.MAS 5. Dijadualkan untuk pelancaran pada suku keempat tahun 2025. Proton e.MAS 5 disasarkan kepada golongan pemandu muda dan pembeli EV kali pertama, dengan janji untuk menjadikan mobiliti elektrik lebih mampu milik, bergaya, dan mudah untuk generasi baharu rakyat Malaysia. Inisiatif ini selari dengan Rangka Tindakan Peralihan Tenaga Nasional (NETR) kerajaan yang menyasarkan 80% jualan kenderaan baharu terdiri daripada kenderaan elektrik (xEV) menjelang tahun 2050, serta menyokong matlamat Malaysia dalam membangunkan ekosistem EV yang kukuh dan menggalakkan orang ramai beralih kepada mobiliti lestari.

 

Dengan penamaan angka "5", model ini ditonjolkan sebagai pilihan yang lebih kompak berbanding e.MAS 7 dimana ia direka khusus sebagai sebuah SUV segmen-C. Walaupun lebih kecil, e.MAS 5 tetap membawa kecerdasan dan reka bentuk yang berpandangan jauh, ciri yang menjadi identiti utama dalam barisan Proton e.MAS.

 

Zhang Qiang mengulas, "Proton e.MAS 5 adalah gambaran visi kami untuk era baharu mobiliti elektrik, direka khas untuk generasi muda Malaysia, membentuk masa depan yang lebih pintar, lebih hijau, dan lebih menyeronokkan. Jika e.MAS 7 dicipta untuk memenuhi keperluan keluarga Malaysia, e.MAS 5 pula memberikan pengalaman pemanduan yang lebih dinamik, menarik, dan pastinya menyeronokkan."

 

Proton e.MAS 5

Pelancaran Kempen “Electrify Your Life”

Dengan pengumuman nama model baru Proton e.MAS, PRO-NET turut melancarkan Kempen dan Peraduan "Electrify Your Life" di seluruh negara, yang bertujuan untuk mempercepatkan penerimaan EV di Malaysia. Peraduan ini, yang berlangsung dari 8 Mei hingga 31 Julai 2025, mengajak rakyat Malaysia berkongsi makna elektrifikasi bagi mereka dengan menghantar slogan kreatif melalui laman rasmi di https://emaselectrifycontest.pronet.my/. Peserta berpeluang untuk menang dengan menghadiri sesi pandu uji di pengedar Proton e.MAS terpilih dan menyertai kempen jelajah yang diadakan di seluruh negara, serta berpeluang mengumpulkan sehingga 36 penyertaan. Hadiah bulanan akan diberikan sepanjang kempen berlangsung, dan kempen ini akan berakhir dengan pengumuman pemenang hadiah utama yang bakal membawa pulang Proton e.MAS 5 yang baru.

 

Rakyat Malaysia juga dijemput untuk merasai sendiri Proton EV pertama, e.MAS 7, secara lebih dekat melalui kempen jelajah di seluruh negara. Pengunjung juga berpeluang melihat terlebih dahulu Proton e.MAS 5 yang dilitupi rekaan corak pelekat pembalut kereta.

 

Lokasi Kempen Jelajah “Electrify Your Life”:

  • TRX Mall, Kuala Lumpur (22–25 Mei)

  • Gurney Paragon, Penang (13–15 Jun)

  • AEON Mall, Melaka (27–29 Jun)

  • Paradigm Mall, Johor Bahru (3–6 Julai)

  • Central i-City, Shah Alam (21-24 Ogos)

 

Pemenang hadiah utama Proton e.MAS 5 akan diumumkan semasa jelajah terakhir di Central i-City pada 24 Ogos 2025.


Proton

ASEAN Unity Drive: 9 buah Negara, 9,000km dalam Masa 16 Hari Bersama e.MAS 7

Hari ini juga menandakan majlis penutupan pengembaraan ASEAN Unity Drive, satu lawatan bersejarah merentas sempadan menggunakan EV e.MAS 7 di seluruh Asia Tenggara. Dianjurkan oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), serta disokong oleh PRO-NET sebagai penaja utama, dan dimulakan di Jakarta pada 22 April 2025.

 

Menampilkan e.MAS 7 bersama Proton X50 dan X70, konvoi ini merentasi sembilan ibu kota ASEAN, termasuk Hanoi di Vietnam, Vientiane di Laos, Manila di Filipina, Phnom Penh di Kemboja, Bandar Seri Begawan di Brunei, Bangkok di Thailand, Singapura, sebelum akhirnya berakhir di Kuala Lumpur, Malaysia.


Selaras dengan agenda EV negara Malaysia dan meletakkan PRO-NET sebagai pemain utama dalam memajukan agenda mobiliti lestari ASEAN, ASEAN Unity Drive menonjolkan komitmen Malaysia terhadap inovasi, kelestarian, dan kerjasama serantau melalui MITI dan MARii.

Comments


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

bottom of page