top of page

Pengambilan Rangkaian Pengedar Proton e.MAS Memacu Pertumbuhan EV di Seluruh Negara

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 28 Apr
  • 2 min membaca

Updated: 29 Apr

Proton e.MAS 7
Sertai mereka dalam menggerakkan Peralihan Malaysia ke Arah Mobiliti Lestari

Sebagai jenama kenderaan elektrik (EV) No.1 di Malaysia, Proton New Energy Technology (PRO-NET) terus melangkah jauh untuk memastikan mobiliti lestari dapat diakses oleh semua. Dengan peningkatan permintaan terhadap kenderaan Proton e.MAS, PRO-NET kini mengembangkan rangkaian pengedarnya daripada 31 cawangan yang telah beroperasi hari ini, dan mengalu-alukan lebih banyak rakan pengedar di seluruh negara. Setakat hari ini, sebanyak 40 pengedar telah dilantik secara rasmi, satu pencapaian yang membuktikan sokongan dan keyakinan rakyat Malaysia terhadap jenama Proton e.MAS.


Inisiatif ini bukan sekadar tentang angka, tetapi tentang membina kepercayaan dan membawa Proton e.MAS lebih dekat kepada rakyat Malaysia di seluruh negara. Dengan Proton e.MAS 7 yang kini semakin mendapat perhatian awam, fokus kami adalah untuk memberi keyakinan kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk beralih daripada kenderaan enjin petrol (ICE) kepada kenderaan elektrik.


Rangkaian Proton e.MAS terdiri daripada pusat jualan dan perkhidmatan yang komited, setiap satunya direka dengan teliti untuk memberikan pengalaman lancar dari saat pelanggan menerima kenderaan mereka hingga sokongan berterusan melalui perkhidmatan selepas jualan dan bantuan pengecasan EV. Setiap inisiatif ini mencerminkan komitmen Proton e.MAS untuk menjadikan pemilikan lebih mudah dan dipercayai tanpa sebarang kerisauan.


Bagi menyokong misi ini, Proton e.MAS kini sedang giat merekrut rakan kongsi yang bersemangat dan berfikiran ke hadapan dari seluruh Malaysia untuk bersama-sama menjadi sebahagian dari Proton e,MAS di lokasi-lokasi berikut:

Negeri

Lokasi

Selangor / KL

Bangsar, Ampang, Kepong,  Sungai Buloh, Subang, Sunway, Klang, Cyberjaya

Penang

Bayan Lepas

Perak

Sitiawan, Teluk Intan

Melaka

Melaka City

Johor

Kulai, Tebrau, Iskandar Puteri, Skudai

Sabah

Sandakan, Tawau

“Sebagai langkah kami untuk membentuk masa depan yang lebih hijau, kami mengalu-alukan rakan kongsi perniagaan diluar sana untuk menyertai keluarga Proton e.MAS. Rangkaian kami lebih daripada sekadar ruang jualan, ia adalah tempat komuniti berkumpul, belajar, dan merasai pengalaman mobiliti generasi akan datang,” kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET.


Menjadi pengedar Proton e.MAS lebih daripada sekadar menyertai jenama, tetapi ia adalah tentang menjadi sebahagian daripada pergerakan di seluruh negara. Satu pergerakan yang memberi inspirasi, mempengaruhi perubahan, dan memacu revolusi EV di Malaysia.

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

M 160x600.jpg

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page