top of page

Sime Motors dan Perbadanan Stadium Malaysia Ganding Bahu Untuk Pengangkutan Mesra Alam

  • Writer: Panduman
    Panduman
  • 10 Jan
  • 2 min membaca
Pelancaran Sime Motors AutoArena di Stadium Bukit Jalil
Pelancaran Sime Motors AutoArena bersama Sime Motors dan Perbadanan Stadium Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dalam usaha mencapai matlamat kelestarian negara, Sime Motors dan Perbadanan Stadium Malaysia telah mengumumkan pakatan strategik hari ini untuk meluaskan capaian dan penggunaan kenderaan elektrik (EV), demi  menyokong peralihan kepada pengangkutan yang lebih mesra alam.

 

Sempena kerjasama tersebut, Sime Motors telah melancarkan AutoArena, pameran automotif pertama negara yang diadakan di dalam Stadium Nasional Kuala Lumpur Sports City. Acara selama tiga hari ini memperagakan jenama-jenama automotif Sime Motors, termasuk BMW, MINI, Motorrad, BYD, Ford, Hyundai, Jaguar, Land Rover, Volvo dan pilihan luas kenderaan terpakai premium daripada Auto Selection. Acara ini merupakan acara yang pertama daripada pelbagai program automotif yang bakal dianjurkan bersama, oleh Sime Motors dan Perbadanan Stadium Malaysia.

Pelancaran Sime Motors AutoArena di Stadium Bukit Jalil

Di samping itu, sebagai sebahagian daripada kerjasama mereka, Sime Motors akan menyediakan dua EV selama 24 bulan untuk berkhidmat sebagai kenderaan rasmi bagi operasi stadium. Pada masa yang sama, stesen pengecasan EV akan dipasang di stadium, memudahkan capaian kepada infrastruktur pengecasan EV bagi masyarakat sekitar.

 

Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Asia Tenggara, Sime Motors, berkata, “Penggunaan EV terus meningkat di Malaysia dan boleh dilihat daripada peningkatan berterusan jualan EV, khususnya pada 2024. Menerusi kerjasama dengan Perbadanan Stadium Malaysia, kami bukan sahaja memenuhi keperluan operasi mereka dengan membekalkan kenderaan lestari tetapi juga menyumbangkan infrastruktur pengecasan EV kepada masyarakat sekitar kami yang lebih luas. Inisiatif ini sejajar degan matlamat kerajaan untuk meluaskan penggunaan EV menjelang 2030 dan membantu meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman tentang manfaat pemilikan EV bagi rakyat Malaysia.”


Pelancaran Sime Motors AutoArena  oleh Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Asia Tenggara, Sime Motors di Stadium Bukit Jalil
Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Asia Tenggara, Sime Motors

“Sebagai peserta automotif yang terkemuka, kami sukacita untuk menyediakan pilihan luas EV yang meliputi semua jenama EV kami. Berbekalkan rekod pencapaian kami yang meluas dalam industri automotif, disokong oleh rangkaian cawangan dan perkhidmatan pelanggan yang mantap bagi kesemua jenama kami, AutoArena adalah satu contoh daripada pelbagai acara dan pengalaman unik yang bakal kami anjurkan di Stadium Nasional Bukit Jalil,” tambahnya.


Iliyas Jamil, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia, berkata, “Stadium Nasional Bukit Jalil ialah lambang kebanggaan negara dan kami berbangga untuk bekerjasama dengan Sime Motors untuk menyokong kelestarian dan pengangkutan hijau. Sebagai destinasi penting bagi acara antarabangsa dan tempatan, kami mengalu-alukan kedatangan lebih daripada sejuta pengunjung setiap tahun. Daya tarikan dan kemudahan dikunjungi membolehkan kami menjadi tempat acara paling sesuai untuk memaparkan kemudahan dan kesenangan pengangkutan EV, menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup lestari.”

 

AutoArena terbuka kepada orang ramai dari sekarang hingga Ahad, 12 Januari, dari jam 9 pagi hingga 7 malam. Pengunjung boleh meninjau dan merebut pelbagai tawaran dan promosi menarik di acara ini. 

 

Sambut ketibaan tahun baharu secara penuh bergaya dengan kenderaan baharu daripada AutoArena anjuran Sime Motors. Untuk pendaftaran acara, sila layari: https://www.simemotors.com.my/campaign/sime-motors-autoarena-10-12-january-2025.




Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

M 160x600.jpg

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page