top of page

Sime Motors Perkukuh Sokongan Lepas Jualan BYD Pada 2024

  • Writer: Panduman
    Panduman
  • 23 Dis 2024
  • 3 min membaca
Servis Center BYD di Malaysia
Servis Center BYD di Malaysia

Dalam usaha memenuhi permintaan yang semakin meningkat dinegara ini terhadap kenderaan elektrik (EV) inovatif, Sime Motors, pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia, terus menjanjikan tahap perkhidmatan luar biasa dan ketenangan minda kepada semua pemilik BYD di Malaysia. Menjelang penghujung tahun 2024, Sime Motors telah meluaskan rangkaian perkhidmatan lepas jualan komprehensif BYD kepada 21 pusat servis di seluruh negara.

 

Rangkaian Lepas Jualan Komprehensif BYD di Malaysia

Dengan 21 pusat servis yang terletak secara strategik di serata Semenanjung dan Malaysia Timur, termasuk 17 Pusat Servis Sah yang dilengkapi kemudahan Baik Pulih & Cat Badan Kereta (B&P), rangkaian lepas jualan BYD yang meluas menyediakan khidmat sokongan serba lengkap, dengan tumpuan untuk memudahkan kunjungan pelanggan di kawasan-kawasan utama seperti Pulau Pinang, Lembah Klang, Johor Baharu, Pantai Timur, Sarawak dan Sabah. Kemudahan ini menawarkan perkhidmatan pembaikan badan kereta pakar, disokong oleh juruteknik EV bertauliah, dilengkapi dengan peralatan canggih dan sistem tempat letak kereta hidraulik terkini.

 

Kemudahan Canggih BYD

BYD Sime Motors mengutamakan kecekapan dan kepuasan pelanggan melalui kemudahan terkini untuk menjamin pengalaman pemilikan yang menyeluruh, dengan penjagaan rapi terhadap setiap kenderaan.

 

  • Hab Pengedaran Alat Ganti (PDC) Berpusat:

    Hab yang diuruskan secara digital ini memastikanpenghantaran alat ganti yang tepat, cepat dan mencukupi kepada pusat servis dan pengedar di seluruh negara. Dengan inventori optimum dan pengedaran terselaras, BYD menjamin masa pembaikan kenderaan yang minimum.

    Hab Pengedaran Alat Ganti (PDC) Berpusat
    Hab Pengedaran Alat Ganti (PDC) Berpusat

  • Pusat Pemeriksaan Prapenyerahan (PDI):

    Kemudahan canggih ini memastikan setiap kenderaan menjalani pemeriksaan kualiti yang teliti sebelum diserahkan kepada pelanggan. Pusat ini dilengkapi dengan sistem tempat letak kereta mekanikal tiga peringkat, mengoptimumkan kecekapan ruang, sambil memastikan keselamatan kenderaan sepanjang proses pemeriksaan dan persediaan.

    Pusat Pemeriksaan Prapenyerahan (PDI)

  • Pusat Servis BYD dengan Kelengkapan EV Serba Maju:

    Semua pusat servis BYD dilengkapi dengan peralatan khusus untuk penyenggaraan EV. Pelanggan boleh menikmati keselesaan di lounge premium dengan tempat duduk dan ruang kerjaselesa sambil menunggu kenderaan diservis.

    Pusat Servis BYD dengan Kelengkapan EV Serba Maju
    Pusat Servis BYD dengan Kelengkapan EV Serba Maju

  • Pusat Baik Pulih & Cat Badan Kereta (B&P):

    BYD Sime Motors menawarkan perkhidmatan pembaikan badan kereta menggunakan teknologi terkini. Juruteknik terlatih memastikan setiap pembaikan memenuhi piawaian asal pengeluar, untuk memulihkan kenderaan kepada keadaan sedia kala.

    Pusat Baik Pulih & Cat Badan Kereta (B&P)
    Pusat Baik Pulih & Cat Badan Kereta (B&P)

Juruteknik Kenderaan Elektrik Mahir

Kecemerlangan perkhidmatan BYD didorong oleh pasukan juruteknik Voltan Tinggi (HV) bertauliah yang menjalani latihan berterusan bagi memastikan pensijilan 100% sentiasa dikekalkan. Pasukan profesional ini mengikuti program latihan berstruktur dan peringkat yang menyeluruh, membekalkan mereka dengan kemahiran yang mendalam untuk menyediakanperkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan EV yang bertaraf tinggi.

Di Dalam Pusat Servis BYD

Waranti Menyeluruh dan Bantuan Tepi Jalan 24/7

Sejajar dengan komitmen untuk memberikanketenangan fikiran kepada pelanggan, Sime Motors menawarkan pakej waranti eksklusif dan perkhidmatan pelanggan luar biasa, termasuk:

  • 6 tahun atau 150,000 km untuk kenderaan

  • 8 tahun atau 160,000 km (penggantian bateri jika SOH jatuh di bawah 70%)

  • 8 tahun atau 150,000 km untuk unit pacuan

 

Pelanggan boleh menghubungi talian Perkhidmatan Pelanggan BYD di 1300-38-1888 untuk sokongan perkhidmatan lanjut, Isnin hingga Jumaat, dari jam 8.00 pagi hingga 5 petang, yang sedia menjawab pertanyaan dan menerima maklum balas. Di samping itu, kemudahan Bantuan Tepi Jalan BYD juga menyediakanperkhidmatan 24/7 di seluruh Malaysia menerusi Talian Perkhidmatan Pelanggan BYD, memastikan bantuan sentiasa dapat disalurkan mengikut keperluan.

Juruteknik BYD Telah Menjalani Latihan Komprehensif di Kemudahan R&D

 

Pakej Servis Fleksibel untuk Memenuhi Setiap Keperluan

Selain daripada menawarkan waranti dan bantuan tepi jalan, BYD turut menyediakan Pakej Servis yang direka khas untuk memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai. Pakej ini boleh didapati dalam pilihan 3, 6 dan 8 tahun, dan ditawarkan dalam dua kategori, Standard dan Plus yang boleh disesuaikan mengikut corak dan tahap penggunaan pelanggan. Pakej ini boleh dibeli secara berasingan atau digabungkan dengan pinjaman kereta untuk kemudahan tambahan.

 

Pakej Servis ini dirancang untuk menyediakan pengalaman selepas jualan yang lancar, dengan menjamin harga servis semasa, lantas melindungi pelanggan daripada inflasi. Dengan menghantarkenderaan ke Pusat Servis Sah BYD, pelanggan memastikan kereta mereka menerima penjagaan pakar, mengekalkan prestasi optimum dan juga melanjutkan jangka hayat kenderaan.

 

Menjelang penghujung tahun 2024, BYD Sime Motors terus berusaha untuk menetapkan piawaian baharu dalam perkhidmatan pelanggan, memastikan pengalaman pemilikan yang memuaskan, boleh dipercayai dan ganjaran kepada pelanggan EV di Malaysia, menyediakan landasan bagi mencapai pertumbuhan dan inovasi berterusan pada 2025.

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

M 160x600.jpg

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page