top of page

Syawal Ikonik 2025 Bersama Proton e.MAS 7

  • Writer: Panduman
    Panduman
  • 28 Mac
  • 2 min membaca

Updated: 13 Apr


Anak syarikat kenderaan tenaga baharu PROTON, PRO-NET, telah menganjurkan sambutan Syawal Ikonik bersama Proton e.MAS 7, sebuah aktiviti pemanduan bersempena Hari Raya yang menerapkan nilai memberi dan toleransi. Sambutan ini menyaksikan konvoi kenderaan elektrik (EV) e.MAS 7 yang memulakan perjalanan bersama anak-anak dari Madrasatul Quran Yaakubiyah, USJ 1, di mana mereka dibawa menaiki EV pertama PROTON untuk membeli belah mencari pakaian Raya sebelum diraikan dalam sesi berbuka puasa di Centre of Excellence (COE)  

Syawal ikonik Proton e.MAS

Perjalanan Bermakna dalam Memupuk Nilai Saling Memberi dan Toleransi

 

Terdapat 10 unit konvoi Proton e.MAS 7 yang dibantu oleh pengedar Proton e.MAS, seramai 40 orang anak-anak telah dibawa ke Jakel Mall Shah Alam, di mana mereka diraikan dengan kesempatan untuk membeli-belah pakaian raya. Setiap daripada mereka menerima satu set lengkap Baju Raya bersama sampin dan songkok untuk menyambut Aidilfitri yang akan datang, sekaligus menonjolkan dedikasi PRO-NET dalam memupuk hubungan yang bermakna dengan komuniti sejagat.


Selepas sesi membeli-belah, konvoi tersebut tiba di PROTON COE, di mana anak-anak berpeluang Beramah mesra bersama pihak pengurusan PROTON dan wakil pengedar, berkongsi kenangan yang mesra dan bermakna. Berbuka puasa bersama mereka menceriakan suasana pada sambutan ini. Sambutan ini akhiri dengan pemberian Duit Raya, satu tanda keikhlasan yang kecil tetapi penuh makna bagi mereka.

Syawal ikonik Proton e.MAS

Pn. Salawati Mohd Yusoff, Ketua Pegawai Penjenamaan PRO-NET, berkongsi pandangannya mengenai inisiatif ini: “Syawal Ikonik bukan hanya sekadar memberi, malah ia tentang berkumpul bersama dan membina hubungan bersama mereka. Di PRO-NET, kami percaya kemajuan bukan hanya diukur melalui teknologi, tetapi melalui impak yang kami cipta dalam komuniti. Berkongsi detik ini bersama anak-anak Madrasatul Quran Yaakubiyah adalah sesuatu yang amat istimewa di bulan Ramadan dan kami bersyukur dapat menjadi sebahagian daripada sambutan Raya mereka.”

 

Sebuah Perjalanan Yang Tidak Dapat Dilupakan

 

Kehadiran barisan Proton e.MAS 7 di Jakel Mall dan COE bukan sahaja melambangkan inovasi dan kelestarian, tetapi juga keprihatinan dan perpaduan dalam komuniti. PRO-NET menegaskan komitmennya untuk memperkayakan kehidupan melalui kemajuan teknologi serta inisiatif sosial, dan berharap untuk lebih banyak peluang dalam memacu perjalanan pada masa hadapan. Kami juga merakam detik-detik bermakna ini di dalam video, meraikan kegembiraan dan kebersamaan yang dikongsi sepanjang sambutan berlangsung. Tonton video penuh di sini: Syawal Ikonik 2025 Bersama e.MAS 7

Syawal ikonik Proton e.MAS

Comments


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

bottom of page