Bukan Sekadar Pemanduan: Volkswagen Raikan Persahabatan dengan Pelancaran Koleksi Furever in Style
- Anna Chong

- 17 Sep
- 2 min membaca

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) berbesar hati untuk memperkenalkan koleksi gaya hidup eksklusif baharu, Volkswagen Pet Collection: Furever in Style. Koleksi ini direka khas untuk meraikan hubungan di antara pemilik dan haiwan peliharaan kesayangan mereka.
Direka dengan gabungan sempurna di antara gaya, keselesaan dan fungsi, koleksi edisi terhad ini menampilkan pelbagai barangan yang sangat menarik: bekas air boleh lipat, kolar, tali, bibs haiwan peliharaan, abah-abah serta topi dan singlet comel untuk kucing dan anjing.
Stoking yang sedondon untuk pemilik turut disertakan kerana perjalanan terasa lebih bermakna apabila gaya dapat dikongsi bersama. Sama ada untuk berjalan jalan setiap hari atau pengembaraan pada hujung minggu, koleksi ini direka untuk menggembirakan si bulus dan pemiliknya.
Senarai penuh barangan adalah seperti berikut:
Produk | Harga (RM) |
Harness (Abah-abah) | 47.90 – 57.80 |
Singlet Kucing | 68.90 |
Singlet Anjing | 68.90 |
Topi Kucing | 55.30 |
Topi Anjing | 55.30 |
Bib | 27.00 |
Tali | 50.40 – 52.90 |
Kolar | 33.10 – 40.50 |
Stoking Merah Jambu Pink | 27.00 |
Stoking Turquoise | 27.00 |
Stoking Turquoise | 23.30 |
Di Volkswagen, kereta sentiasa bukan sekadar kenderaan untuk bergerak: ia tentang momen, memori dan perhubungan. Koleksi Furever in Style meneruskan semangat kebersamaan ini, sebagai tanda penghargaan kepada teman setia yang menjadi sebahagian daripada perjalanan harian pelanggan Volkswagen. Ia bukan sahaja menyeronokkan dan praktikal, malah yang lebih penting ia menyerlahkan kegembiraan dan persahabatan yang amat dihargai oleh pemilik Volkswagen.
Koleksi Volkswagen Furever in Style kini boleh didapati dalam tempoh terhad hanya di pengedar-pengedar berikut: Volkswagen Glenmarie, Volkswagen Puchong, Volkswagen Sg. Petani dan Volkswagen Alor Setar.
Untuk berhubung lebih rapat dengan komuniti pemilik haiwan peliharaan tempatan, Volkswagen akan menyokong acara Pet Adption Drive yang akan berlangsung di Jaya One pada 21 dan 22 September ini.
Koleksi Volkswagen Furever in Style akan dijual pada acara berkenaan. Pelanggan yang membeli mana-mana barangan daripada koleksi ini berpeluang merakam gambar haiwan kesayangan mereka oleh jurugambar profesional di sana.
Ini bukan sekadar aksesori, tetapi ia merupakan satu sambutan persahabatan kerana di Volkswagen, keluarga turut merangkumi si bulus dan yang bermisai.




















Komen